Ini peluang anda untuk mendigitalkan perniagaan anda! Selaras dengan Belanjawan Madani 2023, Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) kini menawarkan geran digital kepada Perusahaan Mikro, Kecil & Sederhana (PMKS) untuk mendigitalkan operasi perniagaan anda!
KELAYAKAN PEMOHON
- Terbuka kepada PMKS dan Koperasi yang berdaftar di bawah Akta yang relevan di Malaysia;
- PMKS dimiliki oleh sekurang-kurangnya 60% individu warganegara Malaysia;
- PMKS/Koperasi telah beroperasi sekurang-kurangnya enam (6) bulan;
- PMKS/Koperasi mempunyai jumlah purata jualan tahunan minimum sebanyak RM50,000.00.
Dokumen yang diperlukan
- Borang permohonan Geran Digital PMKS Madani yang telah dilengkapkan;
- Salinan kad pengenalan atau pasport Pemilik Tunggal/Pengarah / Rakan Kongsi PMKS / pemohon yang dilantik Koperasi, yang mana berkenaan;
- Salinan lesen pendaftaran PMKS (SSM atau lain-lain borang seumpamanya di bawah Akta Syarikat 2016). Bagi koperasi, salinan sijil pendaftaran Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM);
- Penyata akaun beraudit terkini atau penyata akaun pengurusan kewangan terkini atau penyata bank PMKS/Koperasi untuk dua (2) bulan terkini;
- Sebut harga/inbois pembayaran daripada Pembekal Perkhidmatan yang disenaraikan oleh MDEC; dan
- Dokumen dan maklumat lain yang diperlukan oleh pihak Bank dari semasa ke semasa.
LANGKAH UNTUK MEMOHON
- Pemohon hendaklah berkomunikasi dan melantik salah satu atau lebih panel Pembekal Perkhidmatan yang disenaraikan oleh MDEC untuk melaksanakan mana - mana Perkhidmatan Pendigitalan (maksimum 3 perkhidmatan digital).
- Pemohon hendaklah melengkapkan dan menghantar borang permohonan berserta dengan dokumen sokongan yang diperlukan kepada Pembekal Perkhidmatan.
- Pembekal Perkhidmatan hendaklah mengemukakan permohonan PMKS berserta dokumen sokongan kepada pihak Bank.
- Setelah permohonan diluluskan, pemohon bertanggungjawab membuat pembayaran 50% atau lebih di mana pihak Bank akan membayar 50% daripada jumlah inbois atau sehingga RM5,000.00 kepada Pembekal Perkhidmatan.
NOTA:
- Lihat senarai panel yang dilulus MDEC.
- Lihat Soalan Lazim.
- Tertakluk pada Terma & Syarat.
Kunjungi cawangan kami
Kunjungi Pusat Pembiayaan Perniagaan kami yang terdekat untuk maklumat lanjut.