PENJANA Tourism Financing (PTF) ialah skim pembiayaan yang ditawarkan untuk menyokong usahawan mikro dan PKS yang layak dari sektor pelancongan bagi mengekalkan kemampuan mereka dan membantu mereka membuat penyesuaian serta bertahan semasa pasca COVID-19.
KELAYAKAN
- Usahawan yang perniagaannya berkaitan dengan pelancongan teras dan perniagaan yang berkaitan dengan pelancongan
Bukan pelanggan sedia ada BSN Micro/i Kredit Prihatin
Perusahaan Mikro - Milikan Tunggal / Perkongsian / Syarikat Sdn. Bhd
- Dimiliki oleh Warganegara Malaysia
- Perniagaan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk Semenanjung Malaysia atau Pihak Berkuasa / Pejabat Daerah di Sabah dan Sarawak / MOTAC (untuk homestay di bawah premis penginapan pelancong) / Pemegang Sijil Pendaftaran Homestay
- Perniagaan telah beroperasi tidak kurang dari 6 bulan
- Perniagaan dijalankan secara sepenuh atau separuh masa
dokumen yang diperlukan
Pemilikan Tunggal / Perkongsian | Syarikat Sdn. Bhd. |
Sijil Pendaftaran Syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) / Lesen Perniagaan dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang sah / MOTAC (untuk homestay di bawah premis penginapan pelancong) | Salinan Diakui Sah bagi Borang 9, 24, 44, 49, M&A (atau yang sama dengannya), Sijil Pendaftaran Syarikat dengan MOTAC (untuk homestay di bawah premis penginapan pelancong) yang sah |
Salinan Kad Pengenalan Pemilik Tunggal / Rakan Kongsi | Salinan Kad Pengenalan semua Pengarah / Pemegang Saham / Penjamin |
Penyata Kewangan / Penyata Akaun yang digunakan untuk tujuan percukaian (Management Account) (jika ada) | Penyata Kewangan Syarikat Beraudit / Penyata Akaun yang digunapakai untuk tujuan percukaian (Management Account) untuk 2 tahun terkini |
Penyata akaun bank syarikat untuk 6 bulan terkini | Penyata akaun bank syarikat untuk 6 bulan terkini |
Lain-lain dokumen sokongan tambahan sekiranya diperlukan oleh pihak Bank | Lain-lain dokumen sokongan tambahan sekiranya diperlukan oleh pihak Bank |
KADAR
3.50 % setahun
Mulakan dengan Kalkulator Pembiayaan kami
Ingin tahu amaun yang anda perlu bayar setiap bulan? Kami akan bantu anda membuat kiraan.
Masukkan butiran pembiayaan anda di sini
Kalkulator ini berfungsi sebagai anggaran sahaja. Ia disediakan untuk tujuan ilustrasi dan adalah berdasarkan ketepatan maklumat yang diberikan. Ia bukan merupakan sebut harga. BSN tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang ketidaktepatan atau kesilapan yang disebabkan oleh penggunaan kalkulator ini.
CARA MEMOHON
- Permohonan boleh dilakukan secara atas talian. MOHON SEKARANG.
- Panduan pengguna untuk permohonan atas talian.
- Hubungi Credit Supervisory Team kami untuk maklumat lanjut.
NOTA:
- Lihat Penyata Pendedahan Produk.
- Lihat Soalan Lazim.
Kunjungi cawangan kami
Kunjungi Pusat Pembiayaan Perniagaan kami yang terdekat untuk maklumat lanjut ATAU muat turun Borang Permohonan DI SINI.