• PROGRAM PENUKARAN BAKI AUTOMATIK
    Bayar baki tertunggak kad kredit anda dengan ansuran yang lebih kecil pada kadar yang lebih rendah

    Manfaat

    • Fi pengurusan kad kredit yang lebih rendah iaitu 13% setahun berbanding 15% - 18% setahun
    • Proses penukaran yang mudah - baki tertunggak dalam penyata anda akan ditukarkan jika anda memenuhi kriteria kelayakan (penilaian tahunan)
    • Tiada fi pemprosesan bagi penukaran
    • Tiada fi penamatan - program yang fleksibel membolehkan anda menjelaskan pelan bayaran ansuran lebih awal tanpa fi tambahan
    • Pilihan fleksibel untuk memilih keluar selepas setiap tawaran program penukaran
    PROGRAM PENUKARAN BAKI AUTOMATIK
    Bayar baki tertunggak kad kredit anda dengan ansuran yang lebih kecil pada kadar yang lebih rendah

    Manfaat

    • Fi pengurusan kad kredit yang lebih rendah iaitu 13% setahun berbanding 15% - 18% setahun
    • Proses penukaran yang mudah - baki tertunggak dalam penyata anda akan ditukarkan jika anda memenuhi kriteria kelayakan (penilaian tahunan)
    • Tiada fi pemprosesan bagi penukaran
    • Tiada fi penamatan - program yang fleksibel membolehkan anda menjelaskan pelan bayaran ansuran lebih awal tanpa fi tambahan
    • Pilihan fleksibel untuk memilih keluar selepas setiap tawaran program penukaran

Program ini diadakan untuk menggalakkan pengurusan kewangan yang lebih berhemat dan adalah tertakluk kepada Ahli Kad terpilih yang memenuhi kriteria kelayakan.

CIRI-CIRI UTAMA

  • Ahli Kad yang layak akan diberi notis terlebih dahulu sebelum didaftarkan dalam program ini.
  • Baki kad kredit tertunggak anda akan ditukar kepada 36 ansuran bulanan. Anda perlu membuat bayaran ansuran penuh setiap bulan.
  • Baki akan ditukar pada kadar 13% setahun (fi pengurusan efektif).
  • Amaun penukaran minimum ialah RM1,000.

Nota:
Jumlah yang ditukarkan akan ditolak daripada had kad kemudahan anda yang sedia ada. Setiap bayaran ansuran bulanan yang anda jelaskan akan mengembalikan had kemudahan anda sedikit demi sedikit atau sepenuhnya apabila Penukaran Baki Automatik anda dibayar balik sepenuhnya.

CARA PROGRAM INI BERFUNGSI

Anda akan didaftarkan secara automatik dalam program ini melalui pemberitahuan SMS ke nombor telefon berdaftar anda dengan BSN.

Selepas didaftarkan dalam program ini, setiap 12 bulan, baki kad kredit anda yang belum dijelaskan akan ditaksir selepas tamat tempoh pembayaran dan ditukar kepada 36 bayaran balik secara ansuran jika memenuhi kriteria kelayakan.

  • BSN akan mendaftarkan Ahli Kad yang layak secara automatik.
  • Sejurus selepas pendaftaran, baki penyata yang tertunggak akan ditukarkan kepada bayaran ansuran 36 bulan.

KRITERIA KELAYAKAN

  • Kerakyatan: Warganegara Malaysia
  • Pendapatan bulanan: Kurang daripada atau bersamaan dengan RM5,000 (merujuk kepada pendapatan terkini anda yang telah disahkan sebagaimana dalam rekod BSN).
  • Sejarah pembayaran: Nisbah pembayaran kurang daripada atau bersamaan dengan 10% (purata 12 bulan lalu).
    • Nisbah pembayaran = Jumlah pembayaran / Jumlah baki penyata (12 bulan lalu).
  • Akaun kad anda adalah terkini dan tidak tertunggak.

Nota:
Anda tidak layak untuk Program Penukaran Baki Automatik di masa akan datang jika pendapatan bulanan anda melebihi RM5,000.
Anda perlu menjelaskan bayaran ansuran daripada penukaran baki terdahulu.
Sila hubungi BSN untuk mengemas kini sebarang perubahan dalam butiran pendapatan anda. Sila e-mel kepada: customercare@bsn.com.my 

MEMILIH KELUAR ATAU PEMBATALAN

Untuk keluar daripada program ini, anda dikehendaki untuk menghubungi Pusat Perhubungan Pelanggan BSN di 1300 88 1900.

Selepas anda memilih untuk keluar:

  • BSN tidak akan menukar baki kad kredit anda ke pelan ansuran.
  • BSN tidak akan mengenakan fi penalti jika dibatalkan.
  • BSN tidak akan mengenakan fi penalti jika anda menjelaskan baki tertunggak lebih awal.

Nota:
Selepas penukaran baki kad kredit, anda dibenarkan untuk membatalkan program dalam masa 30 hari dari tarikh penukaran tanpa dikenakan sebarang fi penamatan. Tempoh bertenang ini hanya terpakai untuk penukaran kali pertama sahaja. Jika anda memilih untuk membatalkan pelan ansuran ini dalam tempoh 3 tahun, anda perlu membuat bayaran penuh bagi baki tertunggak prinsipal.