BSN MyRinggit-i memacu anda ke arah impian kewangan hidup anda.
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
- Salinan Kad Pengenalan (depan & belakang)
- Surat Pengesahan Majikan
- Salinan slip gaji terkini
Maklumat Pembiayaan
Kadar Keuntungan | KAS + 2.62% hingga KAS + 3.12% | |
Kadar Pembiayaan Tanpa Takaful | Tambahan 0.50% terhadap kadar keuntungan di atas | |
Had Pembiayaan | Sehingga RM150,000 | |
Tempoh Pembiayaan | Minimum: 1 tahun |
Mulakan dengan Kalkulator Pembiayaan kami
Ingin tahu amaun yang anda perlu bayar setiap bulan? Kami akan bantu anda membuat kiraan.
Masukkan butiran pembiayaan anda di sini
Kalkulator ini berfungsi sebagai anggaran sahaja. Ia disediakan untuk tujuan ilustrasi dan adalah berdasarkan ketepatan maklumat yang diberikan. Ia bukan merupakan sebut harga. BSN tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang ketidaktepatan atau kesilapan yang disebabkan oleh penggunaan kalkulator ini.
BAGAIMANA UNTUK MEMOHON?
Langkah 1: | Pilih Rakan Kongsi Pembekal Panel Solar PV BSN pilihan anda. |
Langkah 2: | Dapatkan tarikh rundingan & lawatan tapak dengan Pembekal Panel PV Solar. |
Langkah 3: | Berdasarkan lawatan tapak, Pembekal Panel Solar PV akan mengeluarkan sebut harga solar dan kos pemasangan yang ditujukan kepada anda. |
Langkah 4: | Dengan sebut harga dan dokumen sokongan lain yang diperlukan, kunjungi mana-mana Cawangan BSN berhampiran anda untuk mengemukakan permohonan pembiayaan anda. |
Langkah 5: | Pemasangan panel solar di kediaman anda seperti alamat yang tertera dalam sebut harga. |
Langkah 6: | Pembayaran kepada pembekal Panel PV Solar akan dibuat mengikut jumlah yang tertera pada invois. |
CAJ BAYARAN LEWAT
Caj Bayaran Lewat akan dikenakan berdasarkan kepada Ta’widh (Ganti Rugi).
Dalam tempoh pembiayaan | Caj Lewat Bayar sebanyak 1% setahun akan dikenakan ke atas amaun ansuran bulanan yang tertunggak sekiranya anda gagal membayar mana-mana bayaran ansuran bulanan dalam tempoh yang ditetapkan dari tarikh bermulanya pembiayaan dikeluarkan sehingga tarikh matang pembiayaan. |
Setelah tamat tempoh pembiayaan | Kadar Pasaran Wang Antara Bank Secara Islam (IIMM) akan dikenakan atas kegagalan membayar keseluruhan jumlah baki tertunggak selepas tempoh matang atau selepas penghakiman diperolehi, yang mana terdahulu. |
NOTA:
- Pasaran Wang Antara Bank Secara Islam (IIMM) tertakluk pada perubahan dari semasa ke semasa.
- Lihat semua kadar perbankan.
- Lihat semua fi & caj.
- Lihat Soalan-soalan lazim.
- Lihat Penyata Pendedahan Produk.
- Lihat Pengakuan Pelanggan.
- Tertakluk pada Terma & Syarat.
MOHON SEKARANG
Kunjungi cawangan kami
Kunjungi cawangan kami yang terdekat atau hubungi kami untuk maklumat lanjut ATAU muat turun Borang Permohonan DI SINI.