BSN Hartanah Komersial-i menyediakan pelan pembiayaan yang tepat untuk membantu anda dalam pembelian hartanah komersial.
CIRI-CIRI PEMBIAYAAN
- Tempoh Pembiayaan: Sehingga 20 tahun atau berumur 65 tahun semasa hartanah siap (mengikut mana yang dahulu).
- Margin Pembiayaan adalah seperti berikut:
- Untuk pemohon berpendapatan tetap: Sehingga 80% + 5% (MRTT) daripada harga belian.
- Pendapatan minimum:
- Berpendapatan tetap: RM5,000
- Bekerja Sendiri: RM10,000
- Boleh dimohon di semua Cawangan Utama BSN di seluruh negara.
- Saluran pembayaran mudah melalui:
- Semua kaunter Cawangan BSN di seluruh negara.
- Arahan Tetap / Akaun Simpanan.
- GIRO Antara Bank (IBG).
- Perbankan Internet.
KADAR KEUNTUNGAN
Amaun Pembiayaan | Hartanah siap / Dalam pembinaan |
RM100,000 dan ke atas | KAS + 2.00% |
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
*Penjamin: jika diperlukan, dokumennya adalah sama seperti Pemohon.
- Satu (1) salinan MyKad
- Slip gaji - asal dan salinan untuk tiga (3) bulan terkini
- Salinan Penyata Bank bulan terkini.(menyatakan pendapatan)
- Surat Pengesahan Majikan
- Salinan Penyata KWSP atau Borang BE atau dokumen lain-lain pendapatan diterima oleh BSN
- Lain-lain:
- Salinan Pejanjian Jual Beli (S&P)
- Gambar Hartanah
- Satu (1) salinan MyKad
- Pendaftaran Perniagaan/lesen Perniagaan/salinan Borang 9 yang disahkan, Borang 24 dan Borang 49
- Salinan borang B dan Resit Cukai dan
- Salinan Penyata Akaun Bank yang menyatakan amaun pendapatan bulanan untuk enam (6) bulan terkini
- Lain-lain:
- Salinan Pejanjian Jual Beli (S&P)
- Gambar Hartanah
Mulakan dengan Kalkulator Pembiayaan kami
Ingin tahu amaun yang anda perlu bayar setiap bulan? Kami akan bantu anda membuat kiraan.
{{lang == 'en' ? 'Kindly enter your financing details' : 'Masukkan butiran pembiayaan anda di sini'}}
{{lang == 'en' ? ' This calculator serves as an estimate only. It is provided for illustrative purposes and is based on the accuracy of information provided. It does not constitute a quote. BSN shall not be responsible for any inaccuracies or errors resulting from the use of this calculator.' :'Kalkulator ini berfungsi sebagai anggaran sahaja. Ia disediakan untuk tujuan ilustrasi dan adalah berdasarkan ketepatan maklumat yang diberikan. Ia bukan merupakan sebut harga. BSN tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang ketidaktepatan atau kesilapan yang disebabkan oleh penggunaan kalkulator ini.'}}
CAJ BAYARAN LEWAT
Caj Bayaran Lewat akan dikenakan berdasarkan kepada Ta’widh (Ganti Rugi).
Dalam tempoh pembiayaan | Caj Lewat Bayar sebanyak 1% setahun akan dikenakan ke atas amaun ansuran bulanan yang tertunggak sekiranya anda gagal membayar mana-mana bayaran ansuran bulanan dalam tempoh yang ditetapkan dari tarikh bermulanya pembiayaan dikeluarkan sehingga tarikh matang pembiayaan. |
Setelah tamat tempoh pembiayaan | Kadar Pasaran Wang Antara Bank Secara Islam (IIMM) akan dikenakan atas kegagalan membayar keseluruhan jumlah baki tertunggak selepas tempoh matang atau selepas penghakiman diperolehi, yang mana terdahulu. |
FI & CAJ
- PENYELESAIAN AWAL
Anda boleh membuat penyelesaian awal bagi keseluruhan pembiayaan pada bila-bila masa dengan mengemukakan notis secara bertulis kepada Bank. - DUTI SETEM
Dokumen Utama - Caj Duti Setem adalah secara ad valorem.
Dokumen-dokumen lain – RM 10.00
NOTA:
- Tambahan 0.15% terhadap kadar keuntungan di atas untuk pembiayaan tanpa Takaful.
- Kadar Pasaran Wang Antara Bank-bank Islam (IIMM) tertakluk pada perubahan dari semasa ke semasa.
- Lihat semua kadar perbankan.
- Lihat semua fi & caj.
- Lihat Penyata Pendedahan Produk.
- Lihat Pengakuan Pelanggan.
- Tertakluk pada Terma & Syarat.
Kunjungi cawangan kami
Kunjungi cawangan kami yang terdekat atau hubungi kami untuk maklumat lanjut ATAU muat turun Borang Permohonan DI SINI.