BSN MyRinggit-i Perintis direka khusus untuk membantu dari sektor kerajaan persekutuan yang baru dilantik mendapatkan pembiayaan peribadi yang mereka perlukan.
CIRI-CIRI
- Kaedah pembayaran adalah melalui potongan gaji di bawah Jabatan Akauntan Negara.
- Penjamin tidak diperlukan.
maklumat pembiayaan
Had Pembiayaan | Minimum: RM5,000 Maksimum: 20 kali pendapatan bulanan atau sehingga RM50,000, yang mana lebih rendah |
Kadar Keuntungan | KAS + 2.87% |
Tempoh Pembiayaan | Minimum: 1 tahun Maksimum: 10 tahun |
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
Salinan Kad Pengenalan (depan dan belakang) | |
Salinan Surat Penempatan/ Lantikan Pekerjaan/ HRMIS | |
Borang Potongan Gaji BSN 09-D (0916)_B; dan/ atau | |
Lain-lain dokumen sokongan yang diperlukan oleh pihak Pelulus |
Mulakan dengan Kalkulator Pembiayaan kami
Ingin tahu amaun yang anda perlu bayar setiap bulan? Kami akan bantu anda membuat kiraan.
Masukkan butiran pembiayaan anda di sini
Kalkulator ini berfungsi sebagai anggaran sahaja. Ia disediakan untuk tujuan ilustrasi dan adalah berdasarkan ketepatan maklumat yang diberikan. Ia bukan merupakan sebut harga. BSN tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang ketidaktepatan atau kesilapan yang disebabkan oleh penggunaan kalkulator ini.
CAJ BAYARAN LEWAT
Caj Bayaran Lewat akan dikenakan berdasarkan kepada Ta’widh (Ganti Rugi).
Dalam tempoh pembiayaan | Caj Lewat Bayar sebanyak 1% setahun akan dikenakan ke atas amaun ansuran bulanan yang tertunggak sekiranya anda gagal membayar mana-mana bayaran ansuran bulanan dalam tempoh yang ditetapkan dari tarikh bermulanya pembiayaan dikeluarkan sehingga tarikh matang pembiayaan. |
Setelah tamat tempoh pembiayaan | Kadar Pasaran Wang Antara Bank Secara Islam (IIMM) akan dikenakan atas kegagalan membayar keseluruhan jumlah baki tertunggak selepas tempoh matang atau selepas penghakiman diperolehi, yang mana terdahulu. |
NOTA:
- Tambahan 1% ke atas kadar keuntungan di atas untuk Pembiayaan tanpa Takaful.
- Pasaran Wang Antara Bank Secara Islam (IIMM) tertakluk pada perubahan dari semasa ke semasa.
- Lihat semua kadar perbankan.
- Lihat semua fi & caj.
- Lihat Penyata Pendedahan Produk.
- Lihat Pengakuan Pelanggan.
- Tertakluk pada Terma & Syarat.
Kunjungi cawangan kami
Kunjungi cawangan kami yang terdekat atau hubungi kami untuk maklumat lanjut ATAU muat turun Borang Permohonan DI SINI.