BSN MyRinggit-i Sandaran BSN SSP membolehkan anda mendapatkan 95% daripada nilai BSN SSP anda tanpa memerlukan penjamin!
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
Bekerja Tetap & Kontrak
- 1 salinan slip gaji untuk 1 bulan terkini.
ATAU
Baucar gaji (dengan cop / letter head syarikat) sebagai bukti penerimaan gaji bulanan untuk enam (6) bulan terkini. - Salah satu daripada dokumen berikut (jika bukti pendapatan adalah slip gaji):
- Penyata KWSP terkini.
- *Surat Pengesahan Majikan.
- Borang EA / EC dan e-filing terkini.
Nota: *HRMIS boleh digunakan oleh pemohon yang gajinya diuruskan oleh Jabatan Akauntan Negara / PDRM / Perbendaharaan Negeri.
Bekerja Sendiri:
- Penyata akaun bank untuk 6 bulan terkini.
- Slip e-B/ e-BT terkini dan e-filing terkini/ apa-apa dokumen yang disahkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Had Pembiayaan
Minimum | RM5,000 |
Maksimum | 95% daripada nilai Sijil BSN SSP pemohon |
KADAR
Tempoh (tahun) | Kadar Keuntungan (%) | Amaun Pembiayaan Minimum (RM) |
1 hingga 2 | 3.00% | 5,000 |
3 hingga 10 | 3.50% | 10,000 |
3 hingga 10 | 4.00% | Â < 10,000 |
CIRI-CIRI
- Kaedah bayaran adalah melalui Arahan Tetap BSN
- Tidak perlu penjamin. Sebaliknya, Sijil BSN SSP pemohon akan disandarkan kepada Bank
Mulakan dengan Kalkulator Pembiayaan kami
Ingin tahu amaun yang anda perlu bayar setiap bulan? Kami akan bantu anda membuat kiraan.
{{lang == 'en' ? 'Kindly enter your financing details' : 'Masukkan butiran pembiayaan anda di sini'}}
{{lang == 'en' ? ' This calculator serves as an estimate only. It is provided for illustrative purposes and is based on the accuracy of information provided. It does not constitute a quote. BSN shall not be responsible for any inaccuracies or errors resulting from the use of this calculator.' :'Kalkulator ini berfungsi sebagai anggaran sahaja. Ia disediakan untuk tujuan ilustrasi dan adalah berdasarkan ketepatan maklumat yang diberikan. Ia bukan merupakan sebut harga. BSN tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang ketidaktepatan atau kesilapan yang disebabkan oleh penggunaan kalkulator ini.'}}
CAJ BAYARAN LEWAT
Caj Bayaran Lewat akan dikenakan berdasarkan kepada Ta’widh (Ganti Rugi).
Dalam tempoh pembiayaan | Caj Lewat Bayar sebanyak 1% setahun akan dikenakan ke atas amaun ansuran bulanan yang tertunggak sekiranya anda gagal membayar mana-mana bayaran ansuran bulanan dalam tempoh yang ditetapkan dari tarikh bermulanya pembiayaan dikeluarkan sehingga tarikh matang pembiayaan. |
Setelah tamat tempoh pembiayaan | Kadar Pasaran Wang Antara Bank Secara Islam (IIMM) akan dikenakan atas kegagalan membayar keseluruhan jumlah baki tertunggak selepas tempoh matang atau selepas penghakiman diperolehi, yang mana terdahulu. |
NOTA:
- Pasaran Wang Antara Bank Secara Islam (IIMM) tertakluk pada perubahan dari semasa ke semasa.
- Lihat semua kadar perbankan.
- Lihat semua fi & caj.
- Lihat semua Penyata Pendedahan Produk.
- Tertakluk pada Terma & Syarat.
MOHON SEKARANG
Kunjungi cawangan kami
Kunjungi cawangan kami yang terdekat atau hubungi kami untuk maklumat lanjut ATAU muat turun Borang Permohonan DI SINI.