Program Kesetiaan yang benar-benar memberi anda ganjaran setiap kali anda berbelanja dengan Kad Kredit BSN. Kumpul Happy Points apabila anda berbelanja dan gunakannya untuk menebus hadiah.

CARA MENGUMPUL HAPPY POINTS ANDA

Setiap kali anda berbelanja dengan Kad Kredit BSN, anda akan mengumpul Happy Points. Lebih banyak Happy Points yang anda kumpul, lebih banyak hadiah yang dapat ditebus untuk dikongsi dengan orang yang tersayang.

  • 1X Happy Point untuk perbelanjaan runcit di dalam negara
  • 2X Happy Points untuk perbelanjaan runcit di luar negara

Tiada caj dikenakan untuk penghantaran di seluruh Malaysia!

CARA UNTUK MENEBUS HAPPY POINTS ANDA

Portal Happy Rewards

Tebus ganjaran hebat dalam talian di portal web Happy Rewards kami di www.bsnhappyrewards.com.my!

Gunakan portal ini sebagai pusat sehenti untuk semua aktiviti penebusan anda. Anda boleh menyemak mata ganjaran, menjejaki sejarah penebusan dan mencari barangan terkini di katalog, semuanya di hujung jari anda!

Untuk Langkah-langkah seterusnya, tonton tutorial

ATAU

HANTAR BORANG SECARA MANUAL

  1. Muat turun dan cetak Borang Penebusan "Program Happy Rewards BSN".
  2. Pilih produk yang ingin ditebus, isi butir-butir di dalam borang dan tandatangan.
  3. Hantar melalui:
    • E-mel: customercare@bsn.com.my, atau
    • Faks: 03 2162 2659, atau
    • Mel: BSN Redemption Unit, Jabatan Perniagaan Kad & CRM, Tingkat Bawah, Blok A, No. 117 Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur.

TIADA CAJ TAMBAHAN 

Jika anda tinggal di Semenanjung Malaysia atau Sabah & Sarawak, perkhidmatan penghantaran kami adalah percuma!

TEMPOH TAMAT HAPPY POINTS 

Mulai 1 Jun 2016, Happy Points akan mempunyai tempoh tamat selama tiga (3) tahun. Happy Points yang diperoleh dalam bulan tertentu adalah sah sehingga akhir tahun ketiga (3) bulan kalendar tersebut. Untuk maklumat lanjut, sila baca Terma & Syarat kami.