Keutamaan kami ialah memberi anda fleksibiliti untuk jaminan kekayaan anda.
![](/cms/upload/images/assets/wealth/fitrah/d-fitrah-02.png)
APAKAH YANG DITAWARKAN BSN FITRAH?
- Fleksibel
Anda diberi pilihan untuk menyumbang selama 5, 10, 20 tahun atau sehingga umur tamat tempoh iaitu 70 atau 100 tahun. - Boleh diubah suai
BSN Fitrah tidak hanya memberikan perlindungan untuk kematian dan TPD, malah anda juga mempunyai pilihan untuk mengubah suai perlindungan anda berdasarkan keperluan anda. Misalnya, 43 Penyakit Kritikal, perlindungan kemalangan, elaun hospital dan banyak lagi perlindungan penting daripada senarai pilihan rider. - Pelepasan Cukai
Sijil ini melayakkan anda mendapat pelepasan cukai untuk nyawa /perubatan individu sehingga RM6,000 setahun.
BONUS
Kanak-kanak sukakan ganjaran dan dorongan. Apabila anda melanggan BSN Fitrah untuk anak anda, mereka akan mendapat ganjaran Bonus EduAchieve untuk pencapaian akademik yang cemerlang, seperti berikut:
Peperiksaan | Ganjaran (RM) | Pencapaian Minimum |
UPSR | 500 | Semua A |
PT3 | 1,000 | |
SPM | 1,500 | |
STPM/GCE | 1,500 | |
A Level | 1,500 | 3A |
IB | 1,500 | 42 mata |
Diploma/Degree | 2,000 | Kepujian Kelas Pertama atau CGPA 3.5 |
![](/cms/upload/images/assets/wealth/fitrah/d-fitrah-03.png)
- Potensi Pulangan Yang Lebih Tinggi
Anda memperoleh lebih daripada sekadar perlindungan apabila anda menyumbang dalam BSN Fitrah dengan Takaful Saver kerana kami memberi anda peluang untuk melabur dalam dana tempatan dan juga global. - Memenuhi Keperluan Rohani Anda
Semua orang memerlukan perlindungan namun bukan semua berkemampuan. Anda boleh membantu golongan fakir miskin dan keluarga kurang berkemampuan untuk dilindungi dengan rider Ihsan daripada serendah RM 5 sebulan. Semua dana yang dikumpul melalui rider Ihsan akan digunakan untuk menyokong inisiatif PruBSN Microtakaful Jariyah.
PERLINDUNGAN ASAS
Manfaat Kematian | Sekiranya berlaku kematian sebelum tamat tempoh, berikut merupakan bayaran daripada Dana Tabarru` dan/atau Akaun Khas Individu (ISA): i. Jumlah Perlindungan Asas, atau ii. Amaun dalam ISA, mana-mana yang lebih tinggi, ditambah dengan nilai unit dalam Akaun Unit Pelaburan (IUA) pada harga seterusnya mengikut tarikh rasmi pemberitahuan. |
Manfaat Hilang Upaya Kekal & Menyeluruh (TPD) | Dalam situasi TPD sebelum tamat tempoh, Jumlah Risiko akan dibayar daripada Dana Tabarru`. |
Umur Kemasukan | 1 hingga 70 tahun pada hari jadi akan datang.
|
Tempoh Sumbangan dan Perlindungan | Pilihan yang ada untuk tempoh Manfaat ialah 5 tahun, 10 tahun atau 20 tahun atau umur tamat tempoh 70 atau 100 tahun. |
Faedah dikira setiap tahun berdasarkan baki minimum bulanan. | Untuk kadar faedah BSJ and SGSP, sila rujuk laman web masing-masing. |
BSN Fitrah, memenuhi keperluan perlindungan anda pada peringkat hidup yang berbeza dengan pilihan yang berikut:
BUJANG
Perlindungan Kanser
Bayaran sekali gus apabila disahkan menghidap kanser
Perlindungan Tambahan Kemalangan
Bayaran sekali gus apabila berlakunya kematian atau TPD akibat kemalangan
Pencarum (Contributor)
Perlindungan berterusan walaupun berlakunya kejadian yang tidak diingini
Takaful Saver
Simpanan untuk masa depan
PASANGAN YANG BERKAHWIN
Pencarum Pasangan
Perlindungan berterusan walaupun kejadian yang tidak diingini berlaku kepada pasangan anda
Crisis Shield
Membuat bayaran sekali gus apabila disahkan menghidap Penyakit Kritikal
Manfaat Hospital
Elaun hospital diberikan apabila anak anda dimasukkan ke wad
Takaful Saver
Simpanan untuk masa depan
KANAK-KANAK
EduAchieve Bonus
Memberikan ganjaran untuk pencapaian anak-anak anda dalam pendidikan
Perlindungan Ibu Bapa
Bayaran sekali gus untuk memberi anak anda permulaan kepada kehidupan baru apabila anda telah tiada
Hospital Benefit
Elaun hospital diberikan apabila anak anda dimasukkan ke wad
Takaful Saver
Simpanan untuk masa depan
PASANGAN YANG SUDAH BERUSIA
Crisis Protector
Bayaran sekali gus tambahan apabila disahkan menghidap mana-mana Penyakit Kritikal yang dilindungi
Ihsan
Membantu orang lain melalui inisiatif PruBSN Microtakaful Jariyah
Manfaat Hospital
Elaun hospital diberikan apabila anak anda dimasukkan ke wad
Takaful Saver
Simpanan untuk masa depan
NOTA:
- Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pakar Takaful kami di cawangan BSN berdekatan anda.
- Lihat Panduan Perkhidmatan Takaful.
- Lihat Penyata Pendedahan Produk.
- Muat turun e-Brosur.
- Tertakluk kepada Terma & Syarat.Â
MOHON SEKARANG
Kunjungi cawangan kami
Kunjungi cawangan kami yang terdekat atau hubungi kami untuk maklumat lanjut