BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM) FASA 4

Pelanggan yang dihormati,

Pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 4 akan dibuat mulai 15 November 2022 (Selasa).

Pembayaran melalui pengkreditan ke dalam akaun BSN akan dilakukan secara berperingkat berdasarkan maklumat penerima yang telah dikemukakan oleh LHDNM kepada BSN. Pelanggan dinasihatkan untuk membuat semakan akaun masing-masing melalui perbankan internet myBSN atau Mesin Teler Automatik (ATM) BSN.

Bayaran secara tunai pula turut akan dilakukan mulai 15 November 2022 (Selasa) di seluruh Cawangan BSN. Pelanggan perlu membawa kad pengenalan untuk tujuan pengesahan.

Tuan/Puan boleh menyemak status kelayakan melalui cara-cara berikut:

  1. Layari laman sesawang https://bkm.hasil.gov.my 
  2. Hubungi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) Hotline BKM melalui talian 1-800-88-2747

Hanya wakil yang didaftarkan sahaja dibenarkan untuk mewakili penerima bagi penunaian BKM & rayuan. Rujuk laman sesawang BKM untuk maklumat lanjut.

Sila hubungi Pusat Perhubungan Pelanggan BSN melalui talian 1300-88-1900 sekiranya anda memerlukan bantuan lanjut.

 

Terima kasih.

10 November 2022