BSN Meraikan 50 Tahun Mendukung Aspirasi Merentasi Generasi
Sejak tahun 1974, BSN telah mengusahakan visinya iaitu “Tiada Rakyat Malaysia Yang Ketinggalan” sepanjang separuh abad dengan menyediakan perkhidmatan perbankan yang komprehensif merentasi komuniti bandar, luar bandar, dan pedalaman di Malaysia. Selama lima dekad ini, BSN sentiasa komited untuk memastikan keterangkuman kewangan dan kesejahteraan rakyat Malaysia terjamin.
Perjalanan transformasi BSN telah bermula sejak 50 tahun lalu. Dari sebuah bank yang beroperasi di dalam pejabat pos kepada sebuah institusi kewangan yang lengkap. Evolusi BSN turut melibatkan penambahbaikan dari aspek teknologi, operasi dan digitalisasi. Bagi meningkatkan tahap kepuasan serta memudahkan urusan perbankan pelanggan, BSN juga telah meluaskan operasinya ke arah perbankan dalam talian dan aplikasi mudah alih. Langkah penting bagi mengadaptasi perkembangan dunia perbankan digital ini merupakan sebahagian daripada janji BSN untuk memastikan semua golongan menikmati askes perbankan yang menyeluruh.
Tema ulang tahun BSN yang ke-50, “Mendukung Aspirasi Merentasi Generasi”, membuktikan komitmen BSN yang selama ini berdiri teguh bersama rakyat Malaysia demi memupuk amalan menabung menerusi pelbagai tawaran produk. Salah satu produk simpanan BSN yang tidak asing bagi rakyat Malaysia adalah BSN Sijil Simpanan Premium (BSN SSP), yang boleh diakses oleh semua golongan tanpa mengira latar belakang kewangan. Bagi memupuk amalan menabung dalam kalangan rakyat Malaysia, BSN SSP turut menawarkan peluang untuk mereka menjadi jutawan! Sehingga Disember 2023, BSN SSP telah berjaya melahirkan 95 jutawan dan tahun ini, BSN SSP mencari 13 lagi bakal jutawan dengan tawaran hadiah bernilai lebih dari RM30 juta!
Bagi meraikan para pelanggan kami, bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-50, BSN telah merancang pelbagai acara dan tawaran istimewa sepanjang 2024. Kami juga berbesar hati ingin mempelawa anda untuk mengikuti akaun media sosial rasmi BSN Malaysia atau lawati Cawangan BSN yang berdekatan untuk sama-sama mengimbau kembali perjalanan kita bersama merentasi dekad-dekad yang lalu di samping mengenang dan meraikan pencapaian, serta cabaran yang telah membentuk kita sehingga kini.
Terima kasih atas kepercayaan dan sokongan anda selama 50 tahun ini.
Logo Ulang Tahun
BSN telah melalui pelbagai transformasi sejak bermula sebagai Bank Simpanan Pejabat Pos sehingga menjadi salah satu perintis dalam memupuk keterangkuman kewangan untuk rakyat Malaysia.
Bersempena dengan sambutan ulang tahun BSN yang ke-50 ini, kami ingin berkongsi kisah di sebalik pemilihan logo dan jenama bagi ulang tahun ke-50 BSN, yang memfokuskan kepada tema utama iaitu, "Mendukung Aspirasi, Merentasi Generasi".
“Mendukung Aspirasi, Merentasi Generasi” bukan sekadar slogan, ia merupakan satu penghormatan kepada legasi dan komitmen kami terhadap mandat yang telah dipertanggungjawabkan, serta sebuah janji untuk masa hadapan yang lebih baik. Mengimbau kembali perjalanan luar biasa sepanjang 50 tahun ini, kami akan terus berkhidmat demi generasi akan datang di samping menyokong aspirasi rakyat Malaysia.
Sebuah peraduan mencipta logo ulang tahun ke-50 telah diadakan dalam kalangan Warga BSN bersempena dengan sambutan ulang tahun BSN. Ratusan penyertaan telah diterima dan peraduan ini telah menjadikan sambutan ulang tahun kami lebih bermakna bersama Warga BSN. Muhammad Hanif bin Zulkifli dari Cawangan BSN Negeri Perak telah memenangi peraduan ini dengan ciptaan logo yang telah diperbaharui dan diperhalusi dengan nilai-nilai yang bersesuaian serta boleh digunapakai dalam semua keadaan.
Jenis Tulisan
Brush Stroke Font yang digunakan untuk nombor 50 melambangkan 50 tahun perjalanan BSN sebagai sebuah bank yang telah melalui transformasi serta merentasi pelbagai cabaran.
Slogan/Tema
Mendukung Aspirasi, Merentasi Generasi.
Warna
Jubli Emas Sambutan Ulang Tahun BSN yang ke-50 Tahun.
Nombor
BSN telah ditubuhkan pada tahun 1974 bagi menggantikan Bank Simpanan Pejabat Pos.
BSN Untuk Semua
Bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-50, BSN telah menerbitkan sebuah lagu, istimewa buat Warga BSN. Lagu ini merangkumi perjalanan serta dedikasi seluruh Warga BSN yang selama ini setia berkhidmat dan komited dalam ‘Mendukung Aspirasi, Merentasi Generasi’.
Dengan kerjasama penulis lirik Shah Shamsiri, komposer Sharon Paul serta dinyanyikan oleh penyanyi terkenal tanah air, Jaclyn Victor, lagu BSN Untuk Semua turut merancakkan lagi sambutan ulang tahun BSN yang ke-50, tahun ini.
Tiada Rakyat Malaysia Yang Ketinggalan
BSN telah ditubuhkan pada 1 Disember 1974 dengan mandat untuk mendorong pertumbuhan simpanan dalam kalangan rakyat Malaysia dan menyokong pembangunan negara. Sejak dilancarkan oleh YAB Tun Haji Abdul Razak bin Hussein, Perdana Menteri kedua Malaysia, BSN berpegang teguh pada visinya iaitu ‘Tiada Rakyat Malaysia Yang Ketinggalan’.
Melewati Perjalanan 50 Tahun BSN
Meraikan Legasi di Bank Simpanan Nasional
Sejak lima dekad yang lalu, BSN telah dipimpin oleh figura luar biasa yang telah bekerja keras demi memastikan kejayaan Bank. Kami menghargai sumbangan individu yang telah memangku jawatan Pengerusi Bank Simpanan Nasional selama 5 dekad ini.
Dato’ Seri Syed Nahar Tun Syed Sheh Shahabuddin
(1974 - 1985)
Tan Sri Dato’ Ani Arope
(1986 - 1988)
(1988)
Datuk Zubir Embong
(1989 - 1993)
(2013 - 2019)
Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi
(1994 - 1999)
Dato’ Seri Abdul Azim Mohd Zabidi
(1999 - 2009)
Datuk Nozirah Bahari
(Timbalan Pengerusi)
(2009 - 2013)
Tan Sri Abu Bakar Abdullah
(2013 - 2019)
(2013 - 2019)
Encik Razali Othman
(Timbalan Pengerusi)
(2019 - 2020)
Puan Rossana Annizah Ahmad Rashid
(2020 - 2023)
Encik Mohd Sakeri Abdul Kadir
(Timbalan Pengerusi)
(2022 - 2023)
Dato’ Seri Dr. Awang Adek Hussin
(2024 - kini)
(Pengerusi)
Penjenamaan Semula
BSN telah melalui proses penjenamaan semula pada tahun 2015. Logo BSN telah diberi nafas baharu untuk mencerminkan peranan dan fungsinya dalam suasana Malaysia hari ini. Di samping kekal dengan kemantapan dan kesaksamaan logo yang asal, logo tersebut melalui evolusi yang menampilkan ciri yang lebih mesra, lebih segar dan tampil kontemporari.
Huruf BSN dikekalkan dalam huruf besar untuk melambangkan keteguhan dan kestabilan. Simbol pokok duit atau lebih dikenali sebagai ‘pohon pitis’ melambangkan pertumbuhan dan kekayaan. Simbol ‘pohon pitis’ diadaptasi daripada versi logam timah dengan 13 keping syiling yang dikeluarkan oleh Sultan Muhammad IV dari Kelantan pada tahun 1903 ketika negeri itu masih menjadi sebahagian daripada jajahan Siam. Syiling atau ‘pitis’ yang bermaksud wang dalam dialek Kelantan merupakan salah satu matawang yang digunakan di Kelantan sehingga tahun 1920. Simbol ‘pohon pitis’ dikekalkan tetapi diubah dengan grafik moden manakala bilangan syiling (coin) pada pohon tersebut ditambah daripada 13 menjadi 14 syiling untuk mewakili kesemua negeri dan wilayah persekutuan di Malaysia.
Warna logo juga diubah kepada warna ‘Teal’ dan putih bagi melambangkan kebolehpercayaan dan keutuhan.