BSN MyAuto-i MPO ialah produk pembiayaan kenderaan yang berdasarkan kontrak Murabahah (Murabahah to the Purchase Orderer “MPO”). Produk ini menawarkan pembiayaan sehingga 100% dari harga pembelian kenderaan dan sumbangan HPRTT, jika layak. Tawaran istimewa ini termasuk terma yang fleksibel dan kadar keuntungan yang kompetitif.
KADAR KEUNTUNGAN*
- Tetap: Serendah *2.35% setahun
- Terapung: Serendah *KAS + 1.59% setahun
*Kadar keuntungan individu mungkin berbeza mengikut segmen kenderaan.
Kelayakan
- Warganegara Malaysia berumur 21 tahun ke atas ketika memohon DAN tidak melebihi umur 60 tahun semasa tamat pembiayaan.
- Graduan baru / pekerja kerajaan yang baru dilantik.
- Kakitangan organisasi yang mempunyai kemudahan Biro Perkhidmatan Angkasa (BPA).
- Kakitangan Awam Persekutuan (SKAP)
- Pengalaman bekerja sekurang-kurangnya 6 bulan (syarat ini tidak terpakai bagi kakitangan yang baru dilantik) .
- Tidak diisytihar sebagai seorang yang muflis.
- Jumlah pemotongan gaji TIDAK melebihi 60% daripada jumlah gaji bulanan, termasuk bayaran ansuran pembiayaan ini.
Dokumen yang Diperlukan
- Borang permohonan yang ditandatangani oleh pemohon
- Salinan Kad Pengenalan (depan & belakang)
- Salinan Lesen Memandu yang sah
- Graduan baru / kakitangan kerajaan yang baru dilantik - Salinan surat penempatan/pekerjaan
- Untuk kakitangan Kerajaan yang lain - Salinan Slip Gaji terkini tiga (3) bulan
- Borang Potongan Gaji
- HRMIS/Surat Pengesahan daripada majikan, yang menyatakan perkara berikut:
- Nama
- Kad Pengenalan
- Jawatan
- Status Pekerjaan
- Tarikh Mula Bekerja
- Gaji Bulanan
- Elaun Tetap (jika ada)
- Sebarang dokumen sokongan lain yang difikirkan perlu oleh pihak berkuasa yang meluluskan
- Kakitangan swasta dan organisasi terpilih.
- Warganegara Malaysia berumur 21 tahun ke atas ketika memohon DAN tidak melebihi umur 65 tahun semasa tamat pembiayaan.
- Tidak diisytihar sebagai seorang yang muflis.
- Pengalaman bekerja sekurang-kurangnya 6 bulan.
- Kakitangan yang berkhidmat dalam organisasi berikut:
- Panel Pemaju terpilih (PDP)
- Hospital Swasta terpilih
- Syarikat Telekomunikasi
- Institusi Kewangan yang berlesen
- Universiti dan Kolej Swasta terpilih
- Syarikat Multinasional & Syarikat Tempatan yang diperbadankan
- Kumpulan PETRONAS (pegangan saham majoriti oleh Petronas)
- Badan Berkanun
- Syarikat Berkaitan Kerajaan(GLC) & Agensi Berkaitan Kerajaan(GLA)
- Syarikat Senaraian Awam terpilih
- Golongan Profesional – Doktor, Arkitek, Peguam, Akauntan atau lain-lain golongan professional yang diiktiraf
Dokumen yang Diperlukan
- Borang permohonan yang ditandatangani oleh pemohon
- Salinan Kad Pengenalan (depan & belakang)
- Salinan tiga (3) bulan slip gaji terkini
- Salinan lesen memandu yang sah
- Salinan penyata bank akaun atau penyata KWSP terkini atau salinan Borang EA
Penjamin (Jika ada)
- Salinan Kad Pengenalan (depan & belakang)
- Salinan tiga (3) bulan slip gaji terkini
- Salinan penyata bank akaun atau penyata KWSP terkini atau salinan Borang EA
MARGIN PEMBIAYAAN
Minimum | RM20,000 | ||||||||
Maksimum |
|
1Kakitangan kategori ini boleh memohon pembiayaan MPO melalui Potongan Gaji atau Tanpa Potongan Gaji.
Jumlah pembiayaan mungkin termasuk:
- Takaful (perlindungan kepada kenderaan).
- Hire Purchase Reducing Term Takaful – HPRTT (perlindungan kepada pelanggan).
Mulakan dengan Kalkulator Pembiayaan kami
Ingin tahu amaun yang anda perlu bayar setiap bulan? Kami akan bantu anda membuat kiraan.
{{lang == 'en' ? 'Kindly enter your financing details' : 'Masukkan butiran pembiayaan anda di sini'}}
{{lang == 'en' ? ' This calculator serves as an estimate only. It is provided for illustrative purposes and is based on the accuracy of information provided. It does not constitute a quote. BSN shall not be responsible for any inaccuracies or errors resulting from the use of this calculator.' :'Kalkulator ini berfungsi sebagai anggaran sahaja. Ia disediakan untuk tujuan ilustrasi dan adalah berdasarkan ketepatan maklumat yang diberikan. Ia bukan merupakan sebut harga. BSN tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang ketidaktepatan atau kesilapan yang disebabkan oleh penggunaan kalkulator ini.'}}
PENYELESAIAN AWAL
Pelanggan layak untuk mendapat Ibra' (rebat) untuk keuntungan tertunda bagi baki tempoh pembiayaan.
Baki Tertunggak (Harga Jualan Tertunggak) | - | Jumlah Prinsipal Tertunggak | - | Jumlah Terhutang Kepada Bank1 | - | Pengurangan Ibra’2 |
Yang mana:
1Amaun terhutang kepada Bank merujuk kepada apa-apa amaun keuntungan yang tertunggak apabila penyelesaian awal seperti keuntungan bulan semasa dan/atau tunggakan keuntungan (jika ada).
2Pengurangan Ibra` merujuk kepada kos sebenar Bank yang perlu ditanggung oleh Pelanggan disebabkan oleh penyelesaian awal sebelum kematangan (jika terpakai).
CAJ BAYARAN LEWAT
Ta'widh (caj ganti rugi ke atas pembayaran lewat) akan dikenakan ke atas jumlah ansuran bulanan yang tertunggak, dikira setiap hari dari tarikh tamat tempoh bayaran ansuran tersebut sehingga satu hari sebelum tarikh bayaran dibuat.
Dalam tempoh pembiayaan | Caj Lewat Bayar sebanyak 1% setahun akan dikenakan ke atas amaun ansuran bulanan yang tertunggak sekiranya anda gagal membayar mana-mana bayaran ansuran bulanan dalam tempoh yang ditetapkan dari tarikh bermulanya pembiayaan dikeluarkan sehingga tarikh matang pembiayaan. |
Setelah tamat tempoh pembiayaan | Kadar Pasaran Wang Antara Bank Secara Islam (IIMM) akan dikenakan atas kegagalan membayar keseluruhan jumlah baki tertunggak selepas tempoh matang atau selepas penghakiman diperolehi, yang mana terdahulu. |
Nota: *IIMM – Kadar Pasaran Wang Antara Bank Secara Islam yang ditentukan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dan tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa.
FI & CAJ
DUTI SETEM
Fi & Caj | Amaun | |
Setem Hasil Mengikut Akta Setem 1949 (Disemak 1989) | Surat Tawaran Pembiayaan | RM10 |
Perjanjian Pembiayaan | Seperti yang termaktub dalam Akta Setem 1949 (Pindaan 1989) | |
Surat Wakil Kuasa | RM10 | |
Surat Jaminan & Gantirugi (jika ada) | RM10 | |
Lain-Lain Perkhidmatan | Pendaftaran dan Pengesahan PA di Mahkamah Tinggi | RM100 |
Penyata Tahunan Pembiayaan (setiap permohonan) Nota: Pengecualian caj keatas produk mandat. | RM10 | |
Permohonan salinan Dokumen Sekuriti (setiap permohonan) Nota: Pengecualian caj keatas produk mandat. | RM45 |
NOTA:
- *Kadar Pasaran Wang Antara Bank Secara Islam (IIMM) yang ditentukan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dan tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa.
- Sebarang perubahan kepada fi & caj akan dimaklumkan 21 hari sebelum tarikh berkuat kuasa melalui notis pemakluman yang akan dihantar / ditampal di Cawangan BSN atau dimuat naik di laman web BSN www.bsn.com.my.
- Lihat semua kadar perbankan.
- Lihat semua fi & caj.
- Lihat Soalan lazim.
- Lihat Penyata Pendedahan Produk.
- Lihat Pengakuan Pelanggan.
- Tertakluk pada Terma & Syarat.
MOHON SEKARANG
Kunjungi cawangan kami
Kunjungi cawangan kami yang terdekat atau hubungi kami untuk maklumat lanjut ATAU muat turun Borang Permohonan DI SINI.