• BSN MYAUTO-i MPO (EV/HEV)
    Pandu Ke Arah Gaya Hidup Lebih Hijau!

    Ciri-ciri

    • Kadar keuntungan keutamaan tetap atau terapung untuk EV/HEV anda
    • Kemudahan bayaran ansuran melalui pelbagai platform BSN
    • Margin Pembiayaan:
      • Minimum: RM20,000
      • Maksimum: Sehingga 100% daripada harga atas jalan (OTR) dengan/tanpa HPRTT (tertakluk kepada kelulusan)
    • Tempoh Pembiayaan:
      • Minimum: 36 bulan
      • Maksimum: Sehingga 108 bulan (atau pada umur persaraan yang mana lebih awal)
    • Terbuka kepada kenderaan baharu EV/HEV Nasional, Bukan Nasional dan Kenderaan Import Terpakai belum didaftar (unregistered reconditioned vehicle) yang terpilih sahaja KECUALI kenderaan buatan dari Negara China

    Konsep Syariah

    Murabahah kepada Pemesan Pembelian (Murabahah to the Purchase Orderer (“MPO”)) adalah kontrak pembiayaan patuh Syariah yang mana Bank membeli aset (kenderaan) dan menjualkan semula dengan pendedahan harga kos dan margin keuntungan kepada pelanggan. Di bawah kontrak ini, terdapat pesanan dan akujanji (wa’d) untuk membeli oleh Pelanggan sebelum pemerolehan kenderaan oleh Bank. Bayaran boleh dilakukan secara ansuran berdasarkan tempoh yang dipersetujui, ia memberi kemudahan kepada Pelanggan sambil mematuhi garis panduan Syariah.

    Mohon Sekarang
    BSN MYAUTO-i MPO (EV/HEV)

Miliki EV/HEV anda dengan BSN hari ini!

KADAR KEUNTUNGAN

  • Tetap: Serendah 2.30% setahun.
  • Terapung: Serendah *KAS + 1.49% setahun.

NOTA:

  • *Kadar Asas Standard.
  • Kadar keuntungan mungkin berbeza mengikut segmen kenderaan dan penilaian kredit.

KELAYAKAN

Pemohon Dengan Kemudahan Potongan Gaji - Warganegara Malaysia berumur 21 tahun ke atas ketika memohon DAN tidak melebihi umur 60 tahun semasa tamat pembiayaan.
Pemohon TANPA Kemudahan Potongan Gaji - Warganegara Malaysia berumur 21 tahun ke atas ketika memohon DAN tidak melebihi umur 65 tahun semasa tamat pembiayaan.

Terbuka kepada Kakitangan:

  • Organisasi yang ada kemudahan Biro Perkhidmatan Angkasa (BPA); atau
  • Awam Persekutuan (SKAP); atau
  • Swasta dan organisasi terpilih
Berpendapatan tetap minimum RM5,000 sebulan.
Lain-lain terma di bawah Pembiayaan Auto adalah terpakai.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

  • Borang permohonan yang ditandatangani oleh pemohon;
  • Salinan Kad Pengenalan (depan & belakang);
  • Salinan slip gaji untuk tiga (3) bulan terkini;
  • Salinan Lesen Memandu yang sah;
  • Borang BPA (untuk Skim BPA); atau
  • Borang Arahan Potongan Gaji BSN (untuk Skim SKAP).
  • HRMIS/Surat Pengesahan Majikan yang perlu mengandungi butiran berikut:
    • Nama
    • No. Kad Pengenalan
    • Jawatan
    • Status Jawatan
    • Tarikh Mula Berkhidmat/Persaraan
    • Pendapatan Bulanan
    • Elaun Tetap (Jika ada)
  • Borang permohonan yang ditandatangani oleh pemohon;
  • Salinan Kad Pengenalan (depan & belakang);
  • Salinan tiga (3) bulan slip gaji terkini;
  • Salinan lesen memandu yang sah;
  • Salinan penyata bank akaun atau penyata KWSP terkini atau salinan Borang EA.
  • Salinan Kad Pengenalan (depan & belakang);
  • Salinan tiga (3) bulan slip gaji terkini;
  • Salinan penyata bank akaun atau penyata KWSP terkini atau salinan Borang EA.

Mulakan dengan Kalkulator Pembiayaan kami

Ingin tahu amaun yang anda perlu bayar setiap bulan? Kami akan bantu anda membuat kiraan.

{{lang == 'en' ? 'Kindly enter your financing details' : 'Masukkan butiran pembiayaan anda di sini'}}

{{results[0] }}
{{lang == 'en' ? 'Disclaimer :' : 'Penafian :'}}
{{lang == 'en' ? ' This calculator serves as an estimate only. It is provided for illustrative purposes and is based on the accuracy of information provided. It does not constitute a quote. BSN shall not be responsible for any inaccuracies or errors resulting from the use of this calculator.' :'Kalkulator ini berfungsi sebagai anggaran sahaja. Ia disediakan untuk tujuan ilustrasi dan adalah berdasarkan ketepatan maklumat yang diberikan. Ia bukan merupakan sebut harga. BSN tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang ketidaktepatan atau kesilapan yang disebabkan oleh penggunaan kalkulator ini.'}}

PENYELESAIAN AWAL

Pelanggan layak untuk mendapat Ibra' (rebat) untuk keuntungan tertunda bagi baki tempoh pembiayaan.

Baki Tertunggak (Harga Jualan Tertunggak)-Jumlah Prinsipal Tertunggak-Jumlah Terhutang Kepada Bank1-Pengurangan Ibra’2

Yang mana:

1Amaun terhutang kepada Bank merujuk kepada apa-apa amaun keuntungan yang tertunggak apabila penyelesaian awal seperti keuntungan bulan semasa dan/atau tunggakan keuntungan (jika ada).

2Pengurangan Ibra` merujuk kepada kos sebenar Bank yang perlu ditanggung oleh Pelanggan disebabkan oleh penyelesaian awal sebelum kematangan (jika terpakai).        

CAJ BAYARAN LEWAT

Ta'widh (caj ganti rugi ke atas pembayaran lewat) akan dikenakan ke atas jumlah ansuran bulanan yang tertunggak, dikira setiap hari dari tarikh tamat tempoh bayaran ansuran tersebut sehingga satu hari sebelum tarikh bayaran dibuat.

Dalam tempoh pembiayaan Caj Lewat Bayar sebanyak 1% setahun akan dikenakan ke atas amaun ansuran bulanan yang tertunggak sekiranya anda gagal membayar mana-mana bayaran ansuran bulanan dalam tempoh yang ditetapkan dari tarikh bermulanya pembiayaan dikeluarkan sehingga tarikh matang pembiayaan.
Setelah tamat tempoh pembiayaan Kadar Pasaran Wang Antara Bank Secara Islam (IIMM) akan dikenakan atas kegagalan membayar keseluruhan jumlah baki tertunggak selepas tempoh matang atau selepas penghakiman diperolehi, yang mana terdahulu.

Nota: *IIMM – Kadar Pasaran Wang Antara Bank Secara Islam yang ditentukan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dan tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa.

FI & CAJ

DUTI SETEM

Fi & CajAmaun
Duti Setem Mengikut Akta Setem 1949 (Disemak 1989)Surat Tawaran Pembiayaan RM10
Perjanjian Pembiayaan Seperti yang termaktub dalam Akta Setem 1949 (Pindaan 1989)
Surat Wakil Kuasa RM10
Surat Jaminan & Gantirugi (jika ada) RM10
Lain-Lain Perkhidmatan

Pendaftaran dan Pengesahan PA di Mahkamah Tinggi

RM100

Penyata Tahunan Pembiayaan (setiap permohonan)

Nota: Pengecualian caj keatas produk mandat.

RM10

Permohonan salinan Dokumen Sekuriti (setiap permohonan)

Nota: Pengecualian caj keatas produk mandat.

RM45

NOTA:

  • *Kadar Pasaran Wang Antara Bank Secara Islam (IIMM) yang ditentukan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dan tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa.
  • Sebarang perubahan kepada fi & caj akan dimaklumkan 21 hari sebelum tarikh berkuat kuasa melalui notis pemakluman yang akan dihantar / ditampal di Cawangan BSN atau dimuat naik di laman web BSN www.bsn.com.my.
  • Lihat semua kadar perbankan.
  • Lihat semua fi & caj.
  • Lihat Soalan lazim.
  • Lihat Penyata Pendedahan Produk.
  • Lihat Pengakuan Pelanggan.
  • Tertakluk pada Terma & Syarat.

MOHON SEKARANG

Kunjungi cawangan kami

Kunjungi cawangan kami yang terdekat atau hubungi kami untuk maklumat lanjut ATAU muat turun Borang Permohonan DI SINI.