PENINGKATAN KESELAMATAN myBSN & BSNSecure
Untuk melindungi pengalaman perbankan dalam talian para pelanggan, ciri-ciri keselamatan ini akan dilaksanakan mulai 29 Jun 2024:
Perbankan Internet myBSN
- Tempoh bertenang selama 12 jam akan diaktifkan apabila anda meningkatkan had transaksi pihak ketiga.
BSNSecure
- Pendaftaran kali pertama BSNSecure pada peranti pelanggan atau apabila menukar peranti memerlukan pengaktifan melalui Pusat Perhubungan Pelanggan BSN atau Cawangan BSN sahaja.
- Pengesahan BSNSecure diperlukan untuk transaksi berikut:
- Pindahan ke akaun BSN sendiri dan pembayaran kad kredit & Pembiayaan RM10,000 dan ke atas.
- Simpanan BSN SSP / SSP Platinum melalui Perbankan Internet myBSN RM10,000 dan ke atas.
NOTA PENTING:
Setelah pendaftaran BSNSecure berjaya, pelanggan hanya boleh melakukan transaksi myBSN selepas 12 jam (Tempoh Bertenang). Ini adalah untuk menyediakan pelindungan yang dipertingkatkan kepada pelanggan dalam usaha kami mencegah transaksi yang tidak sah.
Aktifkan fungsi BSNSecure pada aplikasi myBSN Mobile untuk pengesahan transaksi myBSN yang lebih selamat dan lancar
BSNSecure merupakan ciri keselamatan dalam talian yang dipertingkatkan untuk Perbankan Internet myBSN & Aplikasi MyBSN Mobile.
Fungsi BSNSecure membolehkan anda mengesahkan transaksi myBSN dengan selamat dan lancar.
Sebaik sahaja anda telah mendaftar dan mengaktifkan BSNSecure pada Aplikasi myBSN Mobile sebagai mod pengesahan, ia akan menjadi kaedah tetap untuk meluluskan SEMUA transaksi myBSN anda menggantikan SMS TAC yang akan dimansuhkan berkuat kuasa 1 Julai 2023.
KELEBIHAN BSNSecure
- Cara yang lebih mudah dan selamat untuk mengesahkan transaksi myBSN.
- Pengesahan menerusi peranti pelanggan yang telah didaftarkan.
- Menghindarkan daripada terdedah kepada penipuan SMS TAC.
- Tidak perlu menunggu SMS TAC untuk mengesahkan transaksi myBSN.
BAGAIMANAKAH CARANYA UNTUK MENGESAHKAN TRANSAKSI PERBANKAN INTERNET myBSN MELALUI BSNSecure?
Secure Verification
Nota: Secure Verification (Pemberitahuan Semerta) akan menjadi kaedah tetap untuk meluluskan semua transaksi myBSN anda. |
Secure TAC
Nota: Nombor akan tertera dan dijana semula setiap 60 saat. |
BAGAIMANAKAH CARANYA UNTUK MENDAFTAR APLIKASI BSNSecure? (Pendaftaran & Pengaktifan)
Sila klik pada nombor di bawah untuk melihat paparan skrin bagi setiap langkah berikut.
Lancarkan aplikasi apabila berjaya memuat turun dan tekan pada butang "Get Started".
Teruskan untuk memasukkan username dan password myBSN.
Masukkan Nama Peranti, Nombor ID & klik "Submit" untuk mengesahkan.
- Nama Peranti/ Model Telefon: (Contoh: iPhone 14 Pro/ Galaxy S23 Ultra/ Huawei P60 Pro).
- Nombor ID/Nombor Kad Pengenalan: (Contoh: 95131314***).
Setelah pengaktifan berjaya, skrin pengakuan akan dipaparkan kepada anda pada skrin.
Seterusnya, aktifkan BSNSecure di Pusat Perhubungan Pelanggan dan Cawangan BSN.
Jenis Transaksi menggunakan BSNSecure
Jenis Transaksi | Jenis Pengesahan | |||
NA | BSNSecure | SMS OTP / TAC | ||
Log masuk ke Perbankan Internet myBSN | ✔️ | |||
Lihat Baki Akaun & Sejarah Transaksi | ✔️ | |||
Muat Turun E-Penyata | ✔️ | |||
Simpanan e-SSP / e-SSP Platinum Nota: Transaksi melebihi RM10,000 di Perbankan Internet Banking/ aplikasi myBSN Mobile. | ✔️ | |||
Pembayaran / Pindahan ke akaun sendiri:
Nota: Transaksi melebihi RM10,000 di Perbankan Internet Banking/ aplikasi myBSN Mobile. | ✔️ | |||
Pindahan & Pembayaran Akaun Sendiri (termasuk Kad Kredit & Pembiayaan BSN) | ✔️ | |||
Simpanan e-SSP | ✔️ | |||
Kad Debit:
| ✔️ | |||
Tambah New Favourite (Akaun Pihak Ketiga, Pindahan DuitNow, JomPAY) | ✔️ | |||
Tetapan NAD (DuitNow) | ✔️ | |||
Penyelenggaraan Akaun Lain | ✔️ | |||
Pemindahan & Pembayaran kegemaran | ✔️ | |||
Open Transfer (DuitNow, Pindahan Akaun pihak ketiga) | ✔️ | |||
Open Payment (JomPAY, Pengebil, Tambah Nilai Prabayar, Pembelian U-Pin, Kad Kredit / Pembiayaan pihak ketiga, FPX) | ✔️ | |||
Arahan Tetap | ✔️ | |||
Tetapan Akaun (myBSN)
| ✔️ | |||
Future Transfer & Recurring (SI)
| ✔️ | |||
Safe Switch | ✔️ | |||
Permintaan / Tukar PIN Kad Kredit | ✔️ | |||
Lupa kata laluan | ✔️ | |||
Pendaftaran Perbankan Internet myBSN | ✔️ |
NOTA:
- Lihat Soalan-soalan lazim.
Kunjungi cawangan kami
Kunjungi cawangan kami yang terdekat atau hubungi kami untuk maklumat lanjut.