Safe Switch ialah fungsi baharu dalam sistem BSNeBiz yang tersedia sebagai satu ciri keselamatan layan diri yang membolehkan organisasi anda melindungi akaun BSNeBiz organisasi daripada transaksi yang mencurigakan atau tidak dibenarkan.

Fungsi Safe Switch BSNeBiz membantu melindungi dana organisasi anda daripada penipuan dalam talian dan meningkatkan keselamatan perbankan dalam talian.

Ciri keselamatan ini boleh diakses melalui web atau aplikasi mudah alih oleh pengguna organisasi di mana sistem BSNeBiz akan mengalih keluar pengguna organisasi daripada sesi dan menyahaktif serta menyekat semua akses pengguna ke akaun organisasi.

KELEBIHAN SAFE SWITCH BSNeBiz
  • Melindungi wang organisasi anda serta-merta sekiranya anda mengesyaki telah ditipu atau akaun organisasi anda telah dikompromi.
  • Mencegah transaksi tanpa kebenaran memandangkan penipu dalam talian tidak dapat mengakses Perbankan BSNeBiz organisasi anda.
  • Meningkatkan ciri keselamatan perbankan dalam talian organisasi anda kerana pengaktifan semula memerlukan proses pengesahan identiti yang ketat oleh Pusat Perhubungan Pelanggan BSN.
  • Mempunyai kawalan ke atas kewangan organisasi anda dengan perkhidmatan keselamatan layan diri melalui BSNeBiz.
LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGGUNAKAN SAFE SWITCH myBSN

Kunjungi laman sesawang BSNeBiz.

Log masuk ke www.bsnebiz.com.my.

Log masuk ke www.bsnebiz.com.my.

Pilih menu ‘Safe Switch’ pada bahagian atas kiri halaman Perbankan BSNeBiz.

Pilih menu ‘Safe Switch’ pada bahagian atas kiri halaman Perbankan BSNeBiz.

Masukkan catatan (remarks) jika perlu dan klik butang ‘Next’.

Masukkan catatan (remarks) jika perlu dan klik butang ‘Next’.

Sahkan dan klik ‘Confirm’ bagi meneruskan proses penyahaktifan atau menyekat akses Perbankan BSNeBiz orgaisasi anda.

LANGKAH 1
Log masuk ke www.bsnebiz.com.my.

LANGKAH 2
Pilih menu ‘Safe Switch’ pada bahagian atas kiri halaman Perbankan BSNeBiz.

LANGKAH 3
Masukkan catatan (remarks) jika perlu dan klik butang ‘Next’.

LANGKAH 4
Sahkan dan klik ‘Confirm’ bagi meneruskan proses penyahaktifan atau menyekat akses Perbankan BSNeBiz orgaisasi anda.

NOTA:

  • Sistem BSNeBiz akan mengalih keluar pengguna organisasi secara automatik serta-merta dan memaparkan skrin log keluar.
BAGAIMANA UNTUK AKTIFKAN SEMULA AKSES AKAUN?

Untuk melepaskan sekatan ke atas atau mengaktifkan semula akses Perbankan BSNeBiz organisasi, sila hubungi Pusat Perhubungan Pelanggan BSN melalui talian 1300 88 1900.

SOALAN-SOALAN LAZIM 

Nyahaktif akses ke akaun BSNeBiz dengan segera menggunakan BSNeBiz Safe Switch untuk melindungi akaun BSNeBiz organisasi anda. Seterusnya, hubungi Pusat Perhubungan Pelanggan BSN melalui talian 1300-88- 1900 dengan segera bagi membuat laporan.

Hubungi Pusat Perhubungan Pelanggan BSN melalui talian 1300-88- 1900 dengan segera jika anda mengesyaki bahawa akses kepada BSNeBiz atau nama pengguna dan/atau kata laluan bagi akaun BSNeBiz Organisasi anda telah dicuri.

Untuk mengaktifkan semula akses Perbankan BSNeBiz organisasi anda, sila hubungi Pusat Perhubungan Pelanggan BSN melalui talian 1300-88- 1900.

Anda boleh mengakses atau menggunakan Perbankan BSNeBiz organisasi anda dengan Nama Pengguna (Username) dan Kata Laluan (Password) yang sama serta-merta selepas pengaktifan semula tertakluk kepada verifikasi berjaya dilakukan oleh Pusat Perhubungan Pelanggan BSN.

Wang anda kekal selamat dalam akaun BSNeBiz organisasi anda. Walau bagaimanapun, kami menggalakkan anda untuk membuat pengaktifan semula akses BSNeBiz dengan menghubungi Pusat Perhubungan Pelanggan BSN di talian 1300-88- 1900.

Kunjungi cawangan kami

Kunjungi cawangan kami yang terdekat atau hubungi kami untuk maklumat lanjut.