• GERAN DIGITAL PENJAJA MADANI (GDPjM)
    Evolusikan perniagaan anda dengan teknologi digital terkini

    Ciri-Ciri

    • Amaun Geran Tunggal maksimum RM1,000 daripada jumlah invois
    • Tawaran menarik untuk mendapatkan penyelesaian digital daripada senarai panel MDEC
    • Skop pendigitalan:
      • Sistem Di Tempat Jual Elektronik (e-POS)
    Mohon Sekarang
    GERAN DIGITAL PENJAJA MADANI (GDPjM)
    Evolusikan perniagaan anda dengan teknologi digital terkini

    Ciri-Ciri

    • Amaun Geran Tunggal maksimum RM1,000 daripada jumlah invois
    • Tawaran menarik untuk mendapatkan penyelesaian digital daripada senarai panel MDEC
    • Skop pendigitalan:
      • Sistem Di Tempat Jual Elektronik (e-POS)
    Mohon Sekarang

Ini peluang anda untuk mendigitalkan perniagaan anda! Selaras dengan Belanjawan Madani 2023, Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) kini menawarkan geran digital kepada Penjaja untuk mendigitalkan operasi perniagaan anda!

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

  • Salinan Kad Pengenalan pemilik tunggal/rakan kongsi.
  • Dokumen pendaftaran dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) / Lesen Perniagaan dari Pihak Berkuasa Tempatan / Permit Operasi / Lesen dari Majlis Daerah.
  • Penyata Bank untuk dua (2) bulan terkini.
  • Bil elektrik / Bil air terkini.
  • Dokumen sokongan dan maklumat lain yang mungkin diperlukan oleh BSN dari semasa ke semasa.

KELAYAKAN PEMOHON

Perniagaan berstatus "Penjaja" seperti di bawah:
KategoriKeterangan
StatikPenjaja yang mengendalikan gerai tetap di kawasan awam atau swasta yang mempamerkan barangan untuk dijual (termasuk makanan dan minuman).
Bergerak / BeredarPenjaja yang menjaja dari lokasi ke lokasi; dengan atau tanpa kenderaan, mempamerkan barang-barang untuk dijual (termasuk makanan dan minuman).
SementaraPenjaja yang mengendalikan gerai sementara di lokasi yang mempamerkan barangan untuk dijual (termasuk makanan dan minuman) untuk tempoh tertentu. Ia termasuk gerai buah-buahan bermusim, gerai promosi, perayaan, pasar malam, pasar harian dan pasar tani.

BAGAIMANA UNTUK MEMOHON?

Permohonan boleh dibuat melalui laman sesawang Funding Society yang telah dilantik secara rasmi oleh pihak MDEC bagi menguruskan permohonan ini. Sila layari pautan ini https://fundingsocieties.com.my/geran-digital-penjaja-madani.

NOTA:

Kunjungi cawangan kami

Kunjungi Pusat Pembiayaan Perniagaan kami yang terdekat untuk maklumat lanjut.