• GERAN DIGITAL PERUSAHAAN MIKRO KECIL DAN SEDERHANA (PMKS) MADANI
    Evolusikan perniagaan anda dengan teknologi digital terkini

    Ciri-Ciri

    • Amaun Geran sebanyak 50% atau maksimum RM 5,000 daripada jumlah invois.
    • Tawaran menarik untuk mendapatkan penyelesaian digital daripada senarai panel MDEC.
    • Skop pendigitalan yang luas:
    1. Sistem Di Tempat Jual Elektronik (e-POS)
    2. Sistem Penggajian Sumber Manusia (HR) / Pengurusan Perhubungan Pelanggan (CRM)
    3. Pemasaran / Jualan Digital
    4. Keselamatan Siber
    5. Perolehan
    6. Perancangan Sumber Perusahaan (ERP) / Perakaunan & Cukai
    7. Tandatangan Digital
    8. IOT / Sistem Pintar
    Mohon Sekarang
    GERAN DIGITAL PERUSAHAAN MIKRO KECIL DAN SEDERHANA (PMKS) MADANI
    Evolusikan perniagaan anda dengan teknologi digital terkini

    Ciri-Ciri

    • Amaun Geran sebanyak 50% atau maksimum RM 5,000 daripada jumlah invois.
    • Tawaran menarik untuk mendapatkan penyelesaian digital daripada senarai panel MDEC.
    • Skop pendigitalan yang luas:
    1. Sistem Di Tempat Jual Elektronik (e-POS)
    2. Sistem Penggajian Sumber Manusia (HR) / Pengurusan Perhubungan Pelanggan (CRM)
    3. Pemasaran / Jualan Digital
    4. Keselamatan Siber
    5. Perolehan
    6. Perancangan Sumber Perusahaan (ERP) / Perakaunan & Cukai
    7. Tandatangan Digital
    8. IOT / Sistem Pintar
    Mohon Sekarang

Ini peluang anda untuk mendigitalkan perniagaan anda! Selaras dengan Belanjawan Madani 2023, Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) kini menawarkan geran digital kepada Perusahaan Mikro, Kecil & Sederhana (PMKS) untuk mendigitalkan operasi perniagaan anda!

KELAYAKAN PEMOHON

  • Terbuka kepada PMKS dan Koperasi yang berdaftar di bawah Akta yang relevan di Malaysia;
  • PMKS dimiliki oleh sekurang-kurangnya 60% individu warganegara Malaysia;
  • PMKS/Koperasi telah beroperasi sekurang-kurangnya enam (6) bulan;
  • PMKS/Koperasi mempunyai jumlah purata jualan tahunan minimum sebanyak RM50,000.00.

Dokumen yang diperlukan

  • Borang permohonan Geran Digital PMKS Madani yang telah dilengkapkan;
  • Salinan kad pengenalan atau pasport Pemilik Tunggal/Pengarah / Rakan Kongsi PMKS / pemohon yang dilantik Koperasi, yang mana berkenaan;
  • Salinan lesen pendaftaran PMKS (SSM atau lain-lain borang seumpamanya di bawah Akta Syarikat 2016). Bagi koperasi, salinan sijil pendaftaran Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM);
  • Penyata akaun beraudit terkini atau penyata akaun pengurusan kewangan terkini atau penyata bank PMKS/Koperasi untuk dua (2) bulan terkini;
  • Sebut harga/inbois pembayaran daripada Pembekal Perkhidmatan yang disenaraikan oleh MDEC; dan
  • Dokumen dan maklumat lain yang diperlukan oleh pihak Bank dari semasa ke semasa.

LANGKAH UNTUK MEMOHON

  1. Pemohon hendaklah berkomunikasi dan melantik salah satu atau lebih panel Pembekal Perkhidmatan yang disenaraikan oleh MDEC untuk melaksanakan mana - mana Perkhidmatan Pendigitalan (maksimum 3 perkhidmatan digital).
  2. Pemohon hendaklah melengkapkan dan menghantar borang permohonan berserta dengan dokumen sokongan yang diperlukan kepada Pembekal Perkhidmatan.
  3. Pembekal Perkhidmatan hendaklah mengemukakan permohonan PMKS berserta dokumen sokongan kepada pihak Bank.
  4. Setelah permohonan diluluskan, pemohon bertanggungjawab membuat pembayaran 50% atau lebih di mana pihak Bank akan membayar 50% daripada jumlah inbois atau sehingga RM5,000.00 kepada Pembekal Perkhidmatan.

NOTA:

Kunjungi cawangan kami

Kunjungi Pusat Pembiayaan Perniagaan kami yang terdekat untuk maklumat lanjut.