SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR) FASA 1

Pelanggan yang dihormati,

Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 akan dibuat seperti berikut:

TARIKH PEMBAYARANJENIS PENERIMAKAEDAH PEMBAYARAN
Mulai 22 Januari 2025
  • Sedia ada
  • Baharu
  • Pengkreditan ke dalam akaun bank
  • Bayaran secara tunai (termasuk di Sabah dan Sarawak)

Pembayaran melalui pengkreditan ke dalam akaun bank akan dilakukan secara berperingkat berdasarkan maklumat penerima yang telah dikemukakan oleh LHDNM kepada BSN. Pelanggan dinasihatkan untuk membuat semakan akaun masing-masing melalui Perbankan Internet myBSN atau Mesin Teler Automatik (ATM) BSN.

Bayaran secara tunai pula akan turut dilakukan mengikut tarikh yang telah dijadualkan di seluruh Cawangan BSN. Pelanggan perlu membawa kad pengenalan untuk tujuan pengesahan.

Semak status kelayakan melalui cara-cara berikut:

Hanya wakil yang didaftarkan sahaja dibenarkan untuk mewakili penerima bagi penunaian STR. Rujuk laman sesawang STR untuk maklumat lanjut.


Terima kasih.

21 Januari 2025