BSN telah memperkenalkan Safe Switch myBSN, satu ciri keselamatan layan diri yang boleh diakses melalui laman sesawang Perbankan Internet myBSN, yang mana membolehkan anda menyekat akses Perbankan Internet myBSN anda sebagai suatu langkah untuk melindungi akaun bank anda sekiranya anda mengesyaki akaun perbankan internet anda telah dikompromi. Safe Switch myBSN membolehkan anda melindungi wang anda daripada penipuan dalam talian dan meningkatkan ciri keselamatan perbankan Internet anda.

KELEBIHAN SAFE SWITCH myBSN
  • Melindungi wang anda serta-merta sekiranya anda mengesyaki anda telah ditipu atau akaun anda telah dikompromi.
  • Mencegah akses Perbankan Internet myBSN anda tanpa kebenaran memandangkan penipu dalam talian tidak dapat mengakses Perbankan Internet myBSN anda.
  • Meningkatkan ciri keselamatan perbankan dalam talian anda kerana pengaktifan semula memerlukan proses pengesahan identiti yang ketat oleh Pusat Perhubungan Pelanggan BSN atau Cawangan BSN.
  • Mempunyai kawalan ke atas kewangan anda dengan perkhidmatan keselamatan layan diri melalui Perbankan Internet myBSN.
LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGGUNAKAN SAFE SWITCH myBSN

Kunjungi laman sesawang Perbankan Internet myBSN.

Log masuk ke www.mybsn.com.my.

Log masuk ke www.mybsn.com.my.

Klik ‘Manage Account’ yang terdapat di bahagian menu sebelah kiri.

Klik ‘Manage Account’ yang terdapat di bahagian menu sebelah kiri.

Klik ‘Account Setting’ dan pilih ‘Safe Switch’.

Klik ‘Account Setting’ dan pilih ‘Safe Switch’.

Klik ‘Deactivate’.

Klik ‘Deactivate’.

Klik ‘Confirm’.

Klik ‘Confirm’.

Satu pemberitahuan semerta (Push Notification) telah dihantar ke peranti mudah alih anda yang berdaftar bagi mengesahkan transaksi Perbankan Internet. Lancarkan Aplikasi BSNSecure bagi mengesahkan transaksi.

Klik ‘Approve’ dalam Aplikasi BSNSecure anda bagi meneruskan proses penyahaktifan atau pembekuan akses Perbankan Internet myBSN anda.

Klik ‘Approve’ dalam Aplikasi BSNSecure anda bagi meneruskan proses penyahaktifan atau pembekuan akses Perbankan Internet myBSN anda.

Akses Perbankan Internet myBSN anda telah berjaya disekat.

NOTA:

  • Anda akan di log keluar secara automatik sejurus akses Perbankan Internet myBSN anda disekat.
BAGAIMANA UNTUK AKTIFKAN SEMULA AKSES AKAUN?

Untuk mengaktifkan semula akaun Perbankan Internet myBSN, anda perlu menghubungi Pusat Perhubungan Pelanggan BSN melalui talian 1300-88-1900 atau kunjungi mana-mana Cawangan BSN yang berhampiran.

SOALAN-SOALAN LAZIM 

Sekat akses Perbankan Internet myBSN anda dengan segera menggunakan Safe Switch myBSN untuk melindungi akaun bank anda sejurus anda mengesyaki terdapat sebarang aktiviti/transaksi yang mencurigakan/tanpa kebenaran melibatkan akaun bank anda atau anda telah menjadi mangsa penipuan dalam talian. Seterusnya, hubungi Pusat Perhubungan Pelanggan BSN melalui talian 1300-88-1900 dengan segera bagi membuat laporan.

Hubungi Pusat Perhubungan Pelanggan BSN melalui talian 1300-88-1900 dengan segera sejurus anda mengesyaki bahawa akses kepada Perbankan Internet myBSN, nama pengguna dan/atau kata laluan anda telah dicuri.

Untuk mengaktifkan semula akses Perbankan Internet myBSN anda, sila hubungi Pusat Perhubungan Pelanggan BSN melalui talian 1300-88-1900 atau kunjungi mana-mana Cawangan BSN yang berhampiran.

Anda boleh menggunakan akaun myBSN anda dengan Nama Pengguna (Username) dan Kata Laluan (Password) yang sama sejurus pengaktifan semula akses Perbankan Internet myBSN anda berjaya dilakukan oleh Pusat Perhubungan Pelanggan BSN atau pegawai di Cawangan BSN.

Wang anda kekal selamat dalam akaun bank anda. Walau bagaimanapun, pihak BSN menggalakkan anda untuk membuat pengaktifan semula akses Perbankan Internet myBSN dengan menghubungi Pusat Perhubungan Pelanggan BSN melalui talian 1300-88-1900 atau hadir di mana-mana Cawangan BSN yang berhampiran.

Kunjungi cawangan kami

Kunjungi cawangan kami yang terdekat atau hubungi kami untuk maklumat lanjut.