Komitmen BSN ke atas Rangkuman Kewangan dan Kelestarian
MISI KAMI
Kami beriltizam untuk mewujudkan amalan persekitaran, sosial, dan tadbir urus (ESG) yang baik dalam perniagaan dan operasi Bank. Ianya dilaksanakan melalui pemerkasaan keterangkuman kewangan dan penekanan visi kami, ‘Tiada Rakyat Malaysia yang Ketinggalan’. Kami juga yakin kelestarian masa depan dapat dihasilkan dengan membina hubungan yang berkekalan dan bermakna berasaskan penumpuan kewangan sosial yang agresif dan amalan-amalan baik yang dipacu ESG.
Di BSN, komitmen kami untuk mencipta impak positif, diperkukuhkan melalui tiga teras utama. Teras-teras ini memacu strategi dan inisiatif untuk memastikan kami kekal fokus menggerakkan keterangkuman kewangan, memperkasa usahawan mikro, dan menyokong amalan lestari. Penumpuan usaha pada bidang utama ini bertujuan menggalakkan pertumbuhan ekonomi, kemajuan sosial, dan pemuliharaan alam sekitar di Malaysia.
Memajukan Keterangkuman Kewangan
Kami berhasrat untuk meningkatkan kesejahteraan kewangan dan taraf hidup rakyat Malaysia menerusi inisiatif keterangkuman dan kesedaran kewangan
Menyokong Usahawan Mikro
Kami komited untuk memupuk dan membangunkan usahawan-usahawan mikro melalui pembiayaan kewangan dan inisiatif-inisiatif pembinaan keupayaan
Tindakan Mampan
Kami akan menerapkan amalan-amalan yang mampan dalam usaha memenuhi tanggungjawab sosial kami, untuk mencapai pertumbuhan ekonomi, dan menyumbang kepada perlindungan alam sekitar
Aspirasi Teras
Keterangkuman Kewangan melalui Kewangan Sosial
Kami berusaha untuk menyediakan penyelesaian kewangan untuk segmen sasaran kami, merentasi semua kumpulan pendapatan termasuklah yang kurang dan tidak mendapat perkhidmatan perbankan
Komited kepada Status Karbon Neutral
Kami komited untuk mencapai karbon neutral dalam operasi kami menjelang 2035 dan karbon neutral secara keseluruhan menjelang 2050
Membina Budaya Kelestarian yang Kukuh
Kami menjana budaya kelestarian yang memberi inspirasi dalam usaha memperkasakan komuniti dan mendorong pertumbuhan yang berdaya saing. Dengan mengutamakan prinsip kelestarian dalam setiap tindakan kami, kami komited untuk membina masa depan di mana impak perkhidmatan kami dapat memperkasakan kehidupan serta melindungi planet
Komitmen Kelestarian
BSN sentiasa memberikan tumpuan yang utama untuk memastikan perkhidmatan kewangan dapat diakses oleh semua lapisan masyarakat, terutamanya yang kurang dan tidak mendapat perkhidmatan perbankan. Inisiatif kami adalah untuk meningkatkan kestabilan kewangan pelanggan melalui pendidikan dan produk kewangan yang bersesuaian. Sebagai peneraju dalam mendukung isu sosial, kami menangani isu kritikal dan berusaha ke arah membina komuniti yang adil dan saksama.
Komitmen kami adalah untuk menjadi pencetus kelestarian yang proaktif dalam industri. Melalui aspirasi dan komitmen teras yang wujud dalam organisasi, kami komited untuk beroperasi secara bertanggungjawab dalam operasi Bank. Matlamat kami adalah untuk mewujudkan impak positif dalam aktiviti perniagaan melalui pihak berkepentingan utama kami.
Dasar dan Piagam BSN
Baca tentang Dasar dan Piagam BSN, yang menggariskan komitmen kami terhadap amalan beretika, pematuhan kawal selia, dan pengutamaan pelanggan.
Struktur Tadbir Urus Kelestarian