Perkhidmatan Auto Kredit BSN direka untuk membantu Majikan dan Organisasi mengkredit dana secara automatik ke akaun bank pekerja atau penerima setiap bulan atau mengikut tempoh yang ditetapkan.
Ciri-ciri
- Dikreditkan terus ke akaun BSN pekerja anda
Cara yang terbaik dan senang untuk membayar gaji, bonus, elaun, dll. Sangat mudah. Tidak perlu beratur di bank lagi! - Akaun penerima di bank lainÂ
Bagi penerima yang mempunyai akaun di bank lain, bayaran akan dikreditkan melalui IBG. Anda hanya perlu menyerahkan data pembayaran kepada BSN. - Pembukaan akaun bagi pekerja/penerima
BSN menyediakan kemudahan kepada syarikat-syarikat untuk membuka akaun bagi pekerja mereka secara berkumpulan  di premis mereka.
CARA MENGGUNAKAN KEMUDAHAN INI
- Dapatkan Kata Laluan BSN
Anda akan diberikan Kata Laluan untuk BSN elektronik melalui laman web BSNeBiz. Sistem ini juga dilengkapi dengan ciri-ciri penyulitan keselamatan (safe encyption). - Masukkan Data
Anda perlu masukkan data menggunakan BSNeBiz atau mengimport data daripada sistem yang dikendalikan oleh syarikat anda. - Tunggu untuk Pengesahan
Pengesahan data dilakukan secara dalam talian. Ini membolehkan anda membuat pindaan sekiranya terdapat kesilapan pada akaun penerima. - Sila Ambil Perhatian Tentang Waktu Akhir (Cut-off Time)
Waktu akhir untuk pemindahan data ialah pukul 6:30 petang, sehari sebelum pembayaran dibuat. - Pemindahan Dana
Dana untuk pembayaran boleh dihantar menggunakan sistem RENTAS Bank Negara Malaysia, IBG atau melalui cek. Â Dana mesti diterima oleh BSN sebelum pembayaran boleh dibuat. - Terima e-Penyata
Sebaik sahaja dana dikreditkan ke akaun pekerja, Syarikat akan menerima laporan yang boleh dimuat turun daripada pelayan (server).
Caj bagi Produk Auto Kredit
Caj Transaksi | Kriteria Deposit |
Pembayar (Organisasi) Penerima | Deposit minimum RM1,000 |
Pembayar (Organisasi) Penerima | Deposit minimum RM50,000 Bilangan minimum akaun gaji kakitangan ialah 100 Pelanggan Pembiayaan Mikro Pelanggan dengan akaun Individu / Bersama yang menggunakan kemudahan Pembiayaan / Pinjaman BSN |
Pembayar (Organisasi) Penerima | Deposit minimum RM100,000 Bilangan minimum akaun gaji kakitangan ialah 200 |
BERHUBUNG DENGAN KAMI
Kunjungi cawangan kami
Kunjungi cawangan kami yang terdekat atau hubungi kami untuk maklumat lanjut.