Perkhidmatan Auto Debit BSN direka untuk membolehkan Majikan atau Organisasi mendebit wang daripada pelanggan mereka setiap bulan atau mengikut tempoh yang ditetapkan.
CIRI-CIRI
- Didebitkan/dipotong terus daripada akaun pembayar anda
Sesuai untuk bayaran seperti kutipan premium insurans bulanan, bayaran balik pinjaman, dll. Â Persetujuan mesti diperoleh terlebih dahulu daripada pembayar untuk menggunakan perkhidmatan ini. - Syarikat menghantar data debit mengikut jadual Â
Anda boleh menghantar data potongan secara berkala mengikut jadual pilihan anda. Data ini akan dihantar secara elektronik.
CARA MENGGUNAKAN KEMUDAHAN INI
- Dapatkan Kata Laluan BSN
Anda akan diberikan Kata Laluan untuk fail elektronik BSN melalui laman web ePayment. Sistem ini dilengkapi dengan penyulitan keselamatan (safe encryption). - Masukkan data
Anda perlu masukkan data menggunakan laman web ePayment atau mengimport data daripada sistem yang dikendalikan oleh Syarikat anda. - Sila Ambil Perhatian Tentang Waktu Akhir (Cut-off time)
Waktu akhir untuk pemindahan data ialah pukul 6:30 petang, sehari sebelum pembayaran dibuat. - Terima e-Penyata
Setelah akaun pembayar didebitkan, Syarikat anda akan menerima fail output untuk membantu Syarikat dalam mengemaskan sistemnya.
FI & CAJ PRODUK AUTO DEBIT
NOTA:
- Untuk maklumat lanjut atau janji temu, sila hubungi 03-2162 3222 samb: 16615 / 15642 / 15697.
BERHUBUNG DENGAN KAMI
Kunjungi cawangan kami
Kunjungi cawangan kami yang terdekat atau hubungi kami untuk maklumat lanjut.