BPN 2.0 FASA 2

Pelanggan yang dihormati,

Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 fasa 2 akan bermula secara rasminya pada 21 Januari 2021 (Khamis) dan ia akan dilakukan secara berperingkat.

Tuan/Puan boleh menyemak status kelayakan melalui cara-cara berikut:

  1. Layari laman sesawang https://bpn.hasil.gov.my; atau
  2. Hubungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) melalui talian Hotline BPN, LHDNM 1-800-88- 2747

Pembayaran BPN 2.0 fasa 2 melalui pengkreditan akaun akan dilakukan berdasarkan maklumat penerima yang telah dikemukakan oleh LHDN kepada BSN.

Pengeluaran wang tunai boleh dibuat di semua ATM rangkaian MEPS di seluruh negara, yang mana caj RM1 bagi urus niaga pengeluaran tunai antara bank di semua ATM dikecualikan buat masa ini.

Untuk pembayaran secara tunai, penerima perlu membawa kad pengenalan ketika hadir ke Cawangan BSN.

Pelanggan juga diminta untuk mempraktikkan penjarakan fizikal sejauh 1-meter dan wajib memakai pelitup muka serta membuat saringan suhu sebelum melakukan transaksi perbankan di kaunter Cawangan BSN.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Pusat Hubungan Pelanggan BSN melalui talian 1300-88- 1900.

 

Terima kasih.

15 Januari 2021