Kepada para pelanggan yang pendapatan mereka terjejas berikutan bencana banjir, anda boleh menghubungi BSN untuk berbincang mengenai bantuan pembayaran balik pembiayaan/pinjaman termasuk moratorium atau yang bersesuaian dengan menghantarkan e-mel ke bantuanbanjir@bsn.com.my berserta butiran berikut:

  1. Nama
  2. Nombor kad pengenalan
  3. Nombor telefon
  4. Jenis pembiayaan (contoh - Perumahan, Sewa Beli, Peribadi, Kad Kredit, Mikro)

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

  1. Salinan MyKad (untuk pengesahan identiti dan alamat)
  2. Jika alamat dalam MyKad tidak sepadan dengan kawasan yang terjejas, pelanggan perlu mengemukakan salah satu daripada dokumen berikut:
    • Bil utiliti atau
    • Sebarang dokumen berkaitan lain yang mengesahkan tempat kediaman

Selain itu, caj bagi penggantian kad kredit dan kad debit BSN yang rosak atau hilang ekoran bencana banjir juga akan dikecualikan.

Terima kasih.