Berikutan insiden letupan gas di Putra Heights pada 1 April 2025 yang telah menyebabkan kerosakan besar kepada rumah, kenderaan, dan kawasan sekeliling, kami menawarkan Program Bantuan Khas kepada pelanggan kami yang terjejas.
Program ini ditawarkan kepada pelanggan Individu dan Pembiayaan Mikro yang menetap di kawasan terjejas. Ia menyediakan moratorium selama enam (6) bulan, yang membolehkan penangguhan bayaran balik pinjaman atau pembiayaan sepanjang tempoh tersebut.
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN:
- Salinan MyKad (untuk pengesahan identiti dan alamat)
- Jika alamat dalam MyKad tidak sepadan dengan kawasan yang terjejas, pelanggan perlu mengemukakan salah satu daripada dokumen berikut:
- Bil utiliti atau
- Perjanjian sewaan atau
- Sebarang dokumen berkaitan lain yang mengesahkan tempat kediaman
bagaimana untuk memohon?
Pelanggan boleh menghubungi kami melalui saluran berikut:
|
Selain itu, caj bagi penggantian kad kredit dan kad debit BSN yang rosak atau hilang ekoran bencana letupan gas juga akan dikecualikan.
Terima kasih.
8 April 2025