BPR 2021 FASA 2

Pelanggan yang dihormati,

Pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021 fasa 2 akan bermula secara rasminya pada 7 Mei 2021 (Jumaat) dan ia akan dilakukan secara berperingkat.

Bagi pembayaran secara tunai pula, ia akan bermula pada 17 Mei 2021 (Isnin).

Tuan/Puan boleh menyemak status kelayakan melalui cara-cara berikut:

  1. Layari laman sesawang https://bpr.hasil.gov.my; atau
  2. Hubungi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di Hotline BPR, LHDNM melalui talian 1-800-88- 2747

Pembayaran BPR 2021 fasa 2 melalui pengkreditan akaun akan dilakukan berdasarkan maklumat penerima yang telah dikemukakan oleh LHDNM kepada BSN.

Pengeluaran wang tunai boleh dibuat DI SEMUA ATM RANGKAIAN MEPS di seluruh negara, yang mana caj RM1 bagi urus niaga pengeluaran tunai antara bank dikecualikan buat masa ini.

Untuk pembayaran secara tunai, penerima perlu membawa kad pengenalan ketika hadir ke Cawangan BSN.

Hanya wakil yang didaftarkan sahaja yang dibenarkan untuk mewakilkan penerima bagi penunaian BPR 2021. Rujuk laman sesawang BPR untuk maklumat lanjut.

Pelanggan juga diminta untuk mempraktikkan penjarakan fizikal sejauh 1-meter dan wajib memakai pelitup muka serta membuat saringan suhu sebelum melakukan transaksi perbankan di kaunter Cawangan BSN.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Pusat Hubungan Pelanggan BSN melalui talian 1300-88- 1900.

 

Terima kasih.

4 Mei 2021