KOMITMEN BSN KEPADA ANDA

BSN komited untuk menjana impak yang positif kepada komuniti melalui program tanggungjawab sosial korporat kami

Bank Simpanan Nasional (BSN) telah menjalin hubungan jangka panjang dengan rakyat Malaysia dalam memberikan perkhidmatan kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang, kaum dan kedudukan sosial. Sejajar dengan visi kami "Tiada Rakyat Malaysia yang Ketinggalan", BSN komited untuk membina hubungan yang berterusan dan bermakna dengan pelanggan kami bukan sahaja dengan menyediakan perkhidmatan perbankan malahan juga melalui program tanggungjawab sosial korporat (CSR), sekali gus menjana impak yang positif kepada komuniti.

Komuniti
Air Bersih
Pendidikan
Jom to School Initiative

BSN telah memperkukuh imej jenama CSRnya dengan mewujudkan "BSN Care" yang bertujuan untuk meningkatkan persepsi positif pelanggan dan nilai jenama BSN melalui aktiviti CSR. Jenama CSR yang kukuh dapat menghasilkan nilai tambah kepada BSN sekali gus membezakannya daripada institusi-institusi kewangan yang lain dalam pasaran.

Program CSR BSN adalah sejajar dengan janji jenama kami iaitu "Menggapai Kehidupan yang Lebih Baik" yang bertujuan untuk menyediakan peluang kehidupan lebih baik kepada masyarakat, terutamanya mereka yang kurang bernasib baik selaras dengan mandat kami untuk menyediakan akses kewangan kepada semua. BSN akan memastikan semua program CSR kami adalah berlandaskan nilai-nilai teras kami.