Terokai kemudahan perbankan dengan selesa dari rumah atau pejabat. Dengan Perbankan Internet myBSNsecure, anda boleh membuat capaian ke akaun BSN anda di mana-mana sahaja anda berada, pada bila-bila masa, hanya dengan menekan satu butang.
Manfaat
|
Kelayakan
|
bagaimana saya daftar?
Klik di sini untuk pendaftaran kali pertama.
Masukkan maklumat: Nombor Kad Debit / Kad Kredit dan tarikh tamat tempoh Kad.
Masukkan nombor Kad Pengenalan baru / Kad Pengenalan lama / nombor Passport.
Masukkan ID Pengguna baru, mohon dan masukkan Kata Laluan Satu Kali (OTP) dan pilih gambar keselamatan.
Selesai mendaftar, anda boleh melihat senarai akaun di menu ‘Account Overview’.
Untuk melakukan transaksi perbankan seterusnya di dalam Perbankan Internet, pengesahan diri buat kali pertama haruslah dilakukan.
Terdapat 2 cara untuk mengaktifkan akses myBSN anda:
- Sila dapatkan bantuan dari kakitangan BSN jika anda berada di Cawangan.
- Hubungi Pusat Khidmat Pelanggan BSN di 1-300-88-1900 / +603-2613 1900 (Luar Negara)
Pusat Khidmat Pelanggan kami beroperasi dari jam 7.00 pagi hingga 12.00 tengah malam.
TONTON VIDEO CARA MENDAFTAR
PERKHIDMATAN KAMI
Pertanyaan Baki
Lihat Baki Akaun dan Rekod Transaksi (Deposit/Kad Kredit/SSP) anda.
Pemindahan Dana
Pemindahan dana ke mana-mana bank dan nombor mudah alih.
Pembayaran Bil
Bayar bil anda pada bila-bila masa, di mana-mana jua.
Pembayaran Kad Kredit
Bayar kad kredit anda atau kad kredit pihak ke-3.
Kad Debit
Kemas Kini Had Pembelian.
Kemas Kini Status Transaksi Luar Negara.
Kemas Kini Status Urusan Pembelian Dalam Talian.
Lapor Kad Hilang / Dicuri.
Simpanan e-SSPÂ Â
Simpan untuk masa depan anda.
Pembelian PIN
Melanjutkan pengajian anda ke peringkat lebih tinggi? Beli no. ID unik atau no. PIN secara dalam talian. Hanya daripada BSN.
Tambah Nilai Prabayar
Tiada masalah habis kredit lagi. Tambah nilai pada bila-bila masa, di mana-mana jua.
Arahan Tetap
Urus bayaran berkala anda ke akaun BSN dan akaun di bank lain secara dalam talian.
Pembayaran Pembiayaan
Anda boleh membuat bayaran ke semua akaun Pinjaman BSN (Pinjaman Peribadi, Pinjaman Perumahan dan Sewa Beli).
Muat Turun e-Penyata
Mohon e-penyata melalui dalam talian.
Peti Masuk Mesej Terjamin
Tulis dan hantar mesej yang terjamin selamat untuk sebarang pertanyaan.