Miliki kereta idaman anda dengan tawaran menarik melalui pembiayaan Sewa Beli kami.
KELAYAKAN
Warganegara Malaysia.
Golongan Kumpulan Pengurusan Tertinggi yang terdiri daripada:
- Sektor Kerajaan;
- Syarikat Berkaitan Kerajaan(GLC).
- Agensi Berkaitan Kerajaan(GLA).
- Badan Berkanun.
Dokumen yang diperlukan (Pemohon)
Borang permohonan yang ditandatangani oleh pemohon | |
Salinan Kad Pengenalan (depan dan belakang); | |
Salinan slip gaji untuk satu (1) bulan terkini; dan | |
Kad Nama / Perniagaan |
Kadar Keuntungan
Tempoh Pembiayaan | Kenderaan Bukan Nasional & Dibaik Pulih Belum Didaftar (Unregistered Reconditioned) | Kenderaan Nasional |
3 – 4 tahun | 2.53% setahun | 2.85% setahun |
5 – 9 tahun | 2.63% setahun | 2.95% setahun |
Mulakan dengan Kalkulator Pembiayaan kami
Ingin tahu amaun yang anda perlu bayar setiap bulan? Kami akan bantu anda membuat kiraan.
{{lang == 'en' ? 'Kindly enter your financing details' : 'Masukkan butiran pembiayaan anda di sini'}}
{{lang == 'en' ? ' This calculator serves as an estimate only. It is provided for illustrative purposes and is based on the accuracy of information provided. It does not constitute a quote. BSN shall not be responsible for any inaccuracies or errors resulting from the use of this calculator.' :'Kalkulator ini berfungsi sebagai anggaran sahaja. Ia disediakan untuk tujuan ilustrasi dan adalah berdasarkan ketepatan maklumat yang diberikan. Ia bukan merupakan sebut harga. BSN tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang ketidaktepatan atau kesilapan yang disebabkan oleh penggunaan kalkulator ini.'}}
PENYELESAIAN AWAL
Pelanggan layak untuk mendapat Ibra' (rebat) iaitu bayaran balik caj bertempoh bagi tempoh sewa yang belum tamat.
Rebat = | [n(n+1)] x TC | n = Â Baki Tempoh Sewa (bilangan bulan) N = Â Tempoh Sewa Asal (bilangan bulan) TC = Caj Bertempoh (caj keuntungan) |
N (N+1) |
CAJ BAYARAN LEWATÂ
Caj Bayaran Lewat akan dikenakan berdasarkan kepada Ta’widh (Ganti Rugi).
Dalam tempoh pembiayaan | Caj Lewat Bayar sebanyak 1% setahun akan dikenakan ke atas amaun ansuran bulanan yang tertunggak sekiranya anda gagal membayar mana-mana bayaran ansuran bulanan dalam tempoh yang ditetapkan dari tarikh bermulanya pembiayaan dikeluarkan sehingga tarikh matang pembiayaan. |
Setelah tamat tempoh pembiayaan | Kadar Pasaran Wang Antara Bank Secara Islam (IIMM) akan dikenakan atas kegagalan membayar keseluruhan jumlah baki tertunggak selepas tempoh matang atau selepas penghakiman diperolehi, yang mana terdahulu. |
Nota: *IIMM – Kadar Pasaran Wang Antara Bank Secara Islam yang ditentukan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dan tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa.
FI & CAJ
- DUTI SETEM
RM10 untuk salinan Penyewa bagi Perjanjian Sewa Beli-i.
RM10 untuk salinan perjanjian Penjamin (sekiranya berkenaan).
RM10 untuk Perjanjian Agensi Perkhidmatan.
- LAIN-LAIN PERKHIDMATAN
RM10 untuk permohonan Penyata Tahunan Pembiayaan (setiap permohonan).
RM45 untuk permohonan Salinan Dokumen Sekuriti/Perjanjian (setiap permohonan).
Nota: Pengecualian caj ke atas produk-produk Mandat.
NOTA:
- Kumpulan Pengurusan Tertinggi diklasifikasikan sebagai golongan peringkat pengurusan daripada pangkat Gred 52 (atau setara) dan ke atas tertakluk pada pendapatan minimum RM10,000 sebulan.
- *Kadar Pasaran Wang antara Bank Secara Islam (IIMM) yang ditentukan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dan tertakluk pada perubahan dari semasa ke semasa.
- Sebarang perubahan kepada fi & caj akan dimaklumkan 21 hari sebelum tarikh berkuat kuasa melalui notis pemakluman yang akan dihantar / ditampal di cawangan-cawangan BSN atau dimuat naik di laman web BSN www.bsn.com.my.
- Lihat semua kadar perbankan.
- Lihat semua fi & caj.
- Lihat Penyata Pendedahan Produk.
- Lihat Pengakuan Pelanggan.
- Tertakluk pada Terma & Syarat.
Kunjungi cawangan kami
Kunjungi cawangan kami yang terdekat atau hubungi kami untuk maklumat lanjut ATAU muat turun Borang Permohonan DI SINI.