PERMOHONAN BSN MYRINGGIT-i BANJIR
Pelanggan yang dihormati,
Pihak Bank ingin memaklumkan kepada para pemohon BSN MyRinggit-i Banjir untuk menghantar dokumen yang lengkap semasa permohonan. Permohonan hanya boleh diproses dengan dokumen-dokumen yang lengkap dan sahih sahaja. Permohonan hanya boleh dilakukan secara atas talian DI SINI.
Dokumen yang diperlukan semasa permohonan adalah seperti berikut:
- Salinan Kad Pengenalan
- Salinan bil elektrik rumah yang terjejas
- Surat pengesahan daripada Pegawai Daerah/JKKK/laporan polis berkenaan rumah yang terjejas
Untuk keterangan lanjut mengenai BSN MyRinggit-i Banjir, sila layari laman web rasmi BSN di www.bsn.com.my atau hubungi Pusat Perhubungan Pelanggan melalui talian 1300-88-1900.
Terima kasih.
28 Disember 2021