BSNeBiz ialah platfom pembayaran dalam talian yang menawarkan rangkaian produk dan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan perniagaan anda dengan akses di hujung jari anda, di mana-mana dan pada bila-bila masa. Ia dapat membantu memantau keseluruhan aktiviti kewangan anda, semuanya dalam satu platfom.
KELEBIHAN BSNeBiz
- Menguruskan pembayaran dari organisasi atau syarikat anda dengan selamat melalui pembayaran dalam talian pada satu tempat.
- Mendapat akses kepada baki dalam masa nyata dan maklumat pada setiap transaksi.
- Melakukan transaksi tunggal atau pukal, pemindahan segera atau arahan tetap dengan efisien serta mematuhi peraturan kewangan organisasi atau syarikat anda sendiri.
- Mengurangkan kos pengurusan dan meningkatkan kecekapan masa.
KELAYAKAN
Individu atau Korporat/Organisasi yang mempunyai syarikat berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) layak memohon BSNeBiz.
BAGAIMANAKAH CARA MENDAFTAR DAN MENGAKTIFKAN BSNeBiz SAYA?
Berikut ialah panduan mudah bagaimana anda boleh mendaftar untuk BSNeBiz.
Pilih ‘Permohonan Baharu’ melalui www.bsnebiz.com.my
Beritahu kami tentang perniagaan anda dengan lebih lanjut dan serahkan permohonan anda
Muat turun Perjanjian Tahap Perkhidmatan (SLA), dapatkan pengesahan yang diperlukan daripada pengurusan anda dan serahkan kepada Unit Khidmat Bayaran Negeri BSN
Pihak kami akan menghantar e-mel kepada anda mengenai status permohonan dan langkah seterusnya untuk anda menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan
TONTON VIDEO CARA MENDAFTAR
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
Dapatkan akses melalui www.bsnebiz.com.my bagi membolehkan anda melakukan perkara berikut mengikut keperluan anda.
Pengurusan Akaun
Lihat sejarah transaksi anda dalam satu platform.
Pemindahan dana
Memindahkan dana kepada pihak ketiga dengan mudah melalui Akaun Pihak Ketiga, GIRO Antara Bank (IBG), DuitNow dan RENTAS.
Pembayaran Bil & JomPAY
Dikenali sebagai saluran one stop. Tidak perlu beratur dan lakukan pembayaran bil anda dengan mudah.
Pembayaran Pukal
Bayaran kepada ramai penerima hanya daripada satu akaun debit.
Auto Debit
Kaedah pembayaran automatik yang membolehkan bank melakukan pembayaran terus daripada akaun bank pelanggan mereka.
Badan Berkanun (KWSP, SOCSO dan LHDN)
Modul pembayaran dalam talian yang menawarkan pembayaran kepada Agensi Kerajaan.
Laporan Transaksi
Urus dan pantau transaksi harian dengan BSNeBiz.
Carta Aliran
Carta aliran pengesahan boleh disesuaikan mengikut keadaan dan kehendak pihak syarikat.
Auto Sweeping
Servis kepada pelanggan yang mempunyai lebih daripada satu akaun. Baki pada setiap akaun secara automatik akan dihantar ke akaun utama.
Kad Kredit
Perkhidmatan Kad Korporat dalam sistem BSNeBiz, iaitu pelanggan boleh mengakses dan membayar baki kad kredit menggunakan akaun sendiri dalam sistem BSNeBiz.
Term Deposit
Berfungsi untuk mengakses akaun deposit (Islamik & konvensional).
Multiple Batch
Syarikat boleh memilih beberapa pilihan waktu untuk memproses fail pengkreditan mereka (BSN ke akaun BSN & IBG).
Masa pemprosesan: Hari yang sama dan T+1.
Pembiayaan / Pinjaman
- Lihat butiran pembiayaan/pinjaman pada modul/ tab pembiayaan/pinjaman.
- Pembayaran akaun pembiayaan daripada akaun sendiri.
- Permintaan bertindih (overlap).
- Mengakses sejarah transaksi pembiayaan.
- Pengguna boleh memohon permintaan bertindih (overlap) dan BSNeBiz akan memaklumkan bahagian pembiayaan melalui e-mel.
- Muat turun penyata pembiayaan.
Anda juga boleh memuat turun aplikasi BSNeBiz melalui App Store atau Google Play Store untuk mendapatkan penyelesaian perbankan yang lancar, semuanya kini berada di hujung jari anda.
Pengurusan Akaun
Pantau dan urus kewangan perniagaan anda secara dalam talian.
Pengguna individu dan pelulus (approver)
Pihak yang dilantik oleh syarikat untuk mengesahkan transaksi yang dimulakan oleh pemula (approver) sebelum dihantar untuk kelulusan.
Pindahan Dana & Pembayaran Bil
- Memindahkan dana ke akaun simpanan/semasa di bank/institusi kewangan tempatan lain.
- Pembayaran bil utiliti, telekomunikasi atau pihak berkuasa lain melalui perkhidmatan dalam talian.
Soft token
Digunakan semasa log masuk atau mengesahkan transaksi pembayaran.
NOTA:
- Muat turun Perjanjian Tahap Perkhidmatan (SLA).
- Lihat Soalan-soalan lazim.
- Tertakluk kepada Terma & Syarat.
Kunjungi cawangan kami
Kunjungi cawangan kami yang terdekat atau hubungi kami untuk maklumat lanjut ATAU muat turun Borang Permohonan DI SINI.