BSN memudahkan anda meneruskan perniagaan. Perbaharui Sijil Perniagaan SSM anda di mana-mana cawangan BSN di seluruh Malaysia. Kaunter kami sentiasa bersedia untuk melayani anda.

CARA MEMPERBAHARUI
Hanya ikuti langkah-langkah berikut dan perbaharui SSM anda dengan mudah.
- Bawa Kad Pengenalan asal anda
- Lengkapkan borang Pembaharuan Pendaftaran Perniagaan (Borang A1)
- Hantar
KELAYAKAN
Pemilik Perniagaan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia mengikut Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (APP 1956) (Akta 197) Pindaan 2001.
Cara mengisi Borang A1
Maklumat yang perlu diisi dalam Borang A1: |
Nombor Pendaftaran Perniagaan. |
Nama Perniagaan. |
Tempoh Pembaharuan (1 – 5 tahun). |
Tarikh permohonan. |
Tandatangan pemilik/seorang daripada rakan kongsi perniagaan. |
Nama & Nombor KP. |
Terma & Syarat
Pelanggan hanya dibenarkan membuat pembaharuan perniagaan di BSN. |
Pelanggan MESTI melengkapkan borang Pembaharuan Pendaftaran Perniagaan (Borang A1). |
Pembaharuan tidak boleh dilakukan bagi pemilik perniagaan yang masih terhutang denda/kompaun. |
Pembaharuan tidak boleh dilakukan bagi perniagaan yang disenaraihitamkan. |
Permohonan pembaharuan perniagaan boleh dibuat pada bila-bila masa sebelum tarikh tamat tempoh sehingga dua belas (12) bulan selepas tarikh tamat tempoh. |
Caj perkhidmatan akan dikenakan bagi setiap transaksi yang berjaya. |
BERHUBUNG DENGAN KAMI
Kunjungi cawangan kami
Kunjungi cawangan kami yang terdekat atau hubungi kami untuk maklumat lanjut.