Pemegang kad biasanya menerima SMS atau panggilan yang memerlukannya menghubungi nombor tertentu untuk mengesahkan transaksi yang melibatkan maklumat kad atau akaun pemegang kad. Penipu akan menggunakan taktik menakutkan untuk memastikan pembayaran akan dibuat ke akaun keldai.

Apa yang harus anda lakukan?
  • Jangan respon kepada orang tidak dikenali yang meminta butiran kad kredit/debit atau perbankan internet anda.
  • Jangan membalas SMS atau panggilan yang menyatakan bahawa mereka adalah dari Bank Negara Malaysia. Pegawai mereka tidak akan berhubung dengan anda untuk meminta butiran kad kredit/debit atau maklumat perbankan anda.
  • Sekiranya seseorang itu mengaku dari BSN dan menelefon anda untuk mengesahkan nombor keselamatan di bahagian belakang kad (tiga digit terakhir di bahagian belakang kad), anda harus segera menamatkan panggilan.
  • Sekiranya anda tidak pasti, minta nombor rujukan dan hubungi semula nombor yang dipercayai untuk mengesahkan sama ada panggilan itu tulen.
Tip keselamatan
  • Tandatangan di bahagian belakang kad anda sebaik sahaja anda menerimanya.
  • Jaga PIN anda secara peribadi. Jangan simpan catatan bertulis PIN anda dengan kad.
  • Jangan mendedahkan PIN anda kepada orang lain (termasuk pihak berkuasa, ahli keluarga atau pasangan).
  • Jangan biarkan orang lain melihat PIN anda semasa anda memasukkannya.
  • Jangan simpan PIN anda dalam bentuk yang mudah dikenali sebagai PIN (seperti tarikh lahir, tarikh ulang tahun, nombor telefon, nombor kad pengenalan, dan lain lain).
  • Periksa semua butiran dan jumlah slip bayaran sebelum membuat pembayaran (melalui tanpa sentuh (contactless) atau PIN).
  • Simpan slip urus niaga dan sahkan dengan penyata kad kredit / debit anda.
  • Pantau penyata kad anda secara berkala. Sekiranya kad anda hilang atau dicuri, atau mengetahui transaksi yang tidak dibenarkan atau pendedahan PIN, laporkan segera ke Pusat Perhubungan Pelanggan BSN.
  • Apabila anda menerima kad ganti/kad pembaharuan anda, potong segera atas cip dan jejalur magnetik kad sedia ada sebelum memusnahkannya.

Jika anda telah menjadi mangsa penipuan, sila maklumkan kepada kami segera melalui talian 1300 88 1900 atau +603 2613 1900 (Luar Negara); atau hubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) 997 dari 8:00 pagi hingga 8:00 malam setiap hari; atau emelĀ customercare@bsn.com.my.