Maklumat dan bahan di laman web ini, termasuk tetapi tidak terhad kepada perkhidmatan, produk, maklumat, data, teks, grafik, audio, video, pautan atau butiran lain, disediakan oleh BSN atas dasar "seadanya" dan "sebagaimana tersedia". Maklumat dan bahan tersebut adalah untuk tujuan rujukan dan maklumat anda semata-mata, dan tidak boleh, pada bila-bila masa pun, dianggap atau disifatkan sebagai untuk apa-apa tujuan perniagaan atau komersial atau menjadi suatu tawaran atau pengumpanan dan/atau pemberian nasihat mengenai perkhidmatan pelaburan, kewangan atau perbankan oleh BSN. BSN berhak, atas budi bicara mutlaknya, untuk menambah, meminda atau menyingkirkan mana-mana atau semua peruntukan di dalam ini atau mana-mana atau semua bahan dan maklumat pada bila-bila masa.
BSN tidak memberikan apa-apa jaminan, pernyataan atau pengendorsan tersurat atau tersirat termasuk tetapi tidak terhad kepada apa-apa jaminan hak milik, ketidakpelanggaran, kebolehdagangan, kebergunaan, operasi, kesempurnaan, ketepatan, kekinian, kualiti yang memuaskan, kebolehpercayaan, kesesuaian untuk suatu tujuan khusus berkaitan dengan laman web ini, bahan, maklumat dan/atau fungsi di dalamnya dan dengan jelas menafikan tanggungan terhadap ralat dan peninggalan dalam bahan, maklumat dan/atau fungsi tersebut. Tanpa pengurangan terhadap perkara di atas dan/atau terma dan syarat perjanjian yang berkenaan yang mentadbir semua produk dan perkhidmatan BSN, langkah yang munasabah akan diambil oleh BSN untuk memastikan ketepatan dan kesahihan semua maklumat berkaitan dengan transaksi dan produk BSN.
BSN tidak menjamin atau menyatakan bahawa capaian ke seluruh atau sebahagian daripada laman web ini, bahan, maklumat dan/atau fungsi yang terkandung di dalamnya akan disediakan tanpa gangguan atau bebas daripada ralat atau bahawa apa-apa kecacatan yang dikenal pasti akan diperbetulkan, atau bahawa tidak akan berlaku kelewatan, kegagalan, ralat atau kehilangan maklumat yang dihantar, bahawa tiada virus atau perkara lain yang mencemarkan atau memusnahkan akan dihantar atau bahawa tiada kerosakan akan berlaku pada sistem komputer anda.
Anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk menilai kualiti, kecukupan, kesempurnaan dan kebergunaan semua perkhidmatan, kandungan, nasihat, pendapat dan maklumat lain yang diperoleh atau dicapai melalui laman web ini; mendapatkan nasihat profesional pada setiap masa dan mendapatkan pengesahan bebas tentang bahan dan maklumat yang disediakan dalamnya sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan, perniagaan atau komersial berdasarkan mana-mana bahan atau maklumat tersebut. Anda bertanggungjawab untuk membuat penilaian sendiri apabila membuat capaian dan menggunakan laman web ini, perkhidmatan di dalamnya dan Kandungannya dan anda bersetuju untuk menanggung sepenuhnya risiko bagi capaian dan penggunaan anda pada setiap masa.
BSN tidak bertanggungjawab terhadap anda atau mana-mana orang lain pada bila-bila masa terhadap apa-apa kerosakan atau kerugian yang dialami (termasuk semua ganti rugi langsung, tidak langsung, khas atau berbangkit, kerugian ekonomi, kehilangan keuntungan atau kehilangan peluang) yang berpunca daripada apa-apa gangguan kepada atau ketidakbolehsediaan laman web ini, perkhidmatan di dalamnya dan/atau kandungannya dan/atau capaian dan penggunaan anda bagi perkara yang sama atas apa-apa sebab selain kegagalan sistem di mana kegagalan tersebut berpunca daripada tindakan langsung, kecuaian atau peninggalan kami, atau di mana kami telah dimaklumkan sewajarnya tentang kemungkinannya; atau daripada sebarang kelewatan atau ralat dalam mana-mana pengiriman atau perhubungan berkaitan capaian dan penggunaan anda terhadap laman web ini, perkhidmatan dan kandungan di dalamnya.
MEDIA SOSIAL
"BSN tidak akan bertanggungjawab atas sebarang penggunaan tanpa kebenaran terhadap nama, logo, imej, tanda perkhidmatan atau tanda dagangan BSN di mana-mana platform media sosial oleh mana-mana pihak sama ada pihak itu berkaitan dengan BSN atau sebaliknya. Semua komen, kenyataan, pernyataan, janji, pandangan, kesimpulan dan/atau maklumat lain yang dibuat atau disampaikan oleh mana-mana pihak tersebut hendaklah dianggap sebagai bukan diberikan atau diendors oleh BSN. BSN berhak untuk ditanggung rugi oleh pihak yang tidak diberi kuasa dan/atau mana-mana pihak lain yang membantu atau menyumbang atau meningkatkan penggunaan tanpa kebenaran oleh pihak yang tidak diberi kuasa, terhadap apa-apa kerugian kewangan, kehilangan reputasi, kerugian berbangkit, kos, perbelanjaan atau kerosakan yang dialami akibat penggunaan tanpa kebenaran tersebut”