Umum
MyBSN merupakan portal internet yang mengandungi semua perkara tentang BSN – maklumat korporat kami serta produk dan perkhidmatan yang ditawarkan – dan anda juga boleh menjimatkan masa dengan pelbagai pautan perkhidmatan perbankan melalui internet.
Hampir segalanya daripada Pertanyaan Baki hingga Pemindahan Dana, Pembayaran Bil, Pembayaran Kad Kredit, Pembelian SSP, Pembelian Pin dan banyak lagi.
Cara Mendaftar
Tidak perlu. Anda boleh gunakan akaun dan nombor kad ATM yang sedia ada.
Setakat ini kami belum lagi menawarkan perkhidmatan ini. Kami sedang mengusahakannya untuk kemudahan semua.
Anda boleh mula sebaik sahaja anda berjaya mendaftar di MyBSN secara online.
Sila layari laman web kami untuk mengetahui tentang bank, produk dan perkhidmatan kami. Walau bagaimanapun, untuk berurusan secara dalam talian dengan MyBSN, anda perlu memiliki Akaun Simpanan dengan kad ATM dan PIN ATM dan mendaftar dengan MyBSN
Pada masa ini kami tidak buka pendaftaran TAC menggunakan nombor telefon bimbit luar negara.
Selepas anda mendaftar dengan kami, profil anda dalam MyBSN akan sentiasa sah. Anda tidak perlu lagi mendaftar semula.
Sebagai langkah keselamatan, anda dinasihati tidak menggunakan Nama Pengguna sebagai Kata Laluan. Sentiasa gunakan kata laluan yang berlainan daripada nama pengguna.
Anda cuma perlu klik Forgot Password dan masukkan butiran kad dan pin.
Boleh. Log masuk MyBSN dan klik Profile Management. Pilih Change Password dan mohon TAC, yang akan dihantar kepada anda melalui SMS. Masukkan nombor TAC dan tukar kata laluan anda.
Jangan log masuk MyBSN melalui mana-mana pautan emel, adalah lebih selamat sekiranya anda menaip alamat URL, iaitu www.mybsn.com.my dan log masuk dari sana. Ketahui lebih lanjut tentang keselamatan dalam talian di halaman Panduan Keselamatan. Panduan Keselamatan.
Sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan kami di talian 1300 88 1900 atau +603-2613 1900 (Luar negara). Kami sedia membantu ada 24 jam sehari.
Sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan kami di talian 1300 88 1900 atau +603-2613 1900 (Luar negara). Kami sedia membantu ada 24 jam sehari.
Tiada sebarang bayaran. Kami mahu membantu menjadikan kehidupan lebih baik dan lebih mudah untuk semua.
Sekiranya baki akaun tidak dipaparkan (akaun NA), berkemungkinan Perbankan Internet myBSN sedang mengalami sedikit gangguan teknikal pada masa tersebut.
Baki akaun simpanan tuan/puan tidak akan berubah. Tuan/Puan dinasihatkan untuk membuat semakan semula di Perbankan Internet myBSN dari semasa ke semasa kerana baki simpanan tersebut akan terpapar semula di dalam sistem.
Pemindahan Dana
Had maksimum harian untuk Pemindahan Dana bagi pihak ketiga ialah RM10,000.
Pada masa ini, tiada apa-apa caj dikenakan bagi pemindahan antara akaun BSN.
Selepas anda log masuk, pergi ke Account Overview dan klik akaun pilihan. Kemudian, klik ‘View MyBSN Transaction History’. Anda akan dapat lihat pembayaran yang dibuat sejak 60 hari lepas.
Ya. Boleh. Anda boleh pindahkan dana ke bank lain dengan menggunakan perkhidmatan GIRO Antara Bank (IBG) melalui MyBSN.
Dengan IBG, anda boleh melaksanakan pemindahan dana serta pembayaran kad kredit, pinjaman dan bayaran ansuran sewa beli kepada bank lain yang tersenarai.
Ya. Boleh. Anda dikenakan caj RM0.10 bagi setiap transaksi yang berjaya
Had maksimum harian untuk Transaksi IBG ialah RM10,000.00.
Seperti perkhidmatan IBG lain, pemindahan dana diselesaikan dalam masa 3 hari bekerja.
Pembayaran Bil
Pembayaran Bil ialah kemudahan pembayaran yang membolehkan anda membayar bil kepada badan-badan penerima yang tersenarai melalui myBSN.
Selepas anda log masuk, pergi ke Account Overview dan klik akaun pilihan. Kemudian, klik ‘View MyBSN Transaction History’. Anda akan dapat lihat pembayaran yang dibuat sejak 60 hari lepas.
Jika anda buat pembayaran segera, anda akan lihat mesej ‘Unsuccessful’ dan kod ditolak.
Perkhidmatan Pembayaran Bil kami adalah percuma.
Had maksimum harian untuk transaksi Pembayaran Bil ialah RM3,000.00.
Kad Kredit
Pada masa ini, anda hanya boleh buat bayaran untuk Kad Kredit BSN sahaja. Walau bagaimanapun, anda boleh membuat pembayaran untuk kad kredit bank lain melalui perkhidmatan IBG kami (Lihat Pemindahan Dana di atas).
Tiada sebarang bayaran. Kami hanya mahu membantu dah memberikan anda kemudahan.
Anda boleh menyemak Sejarah Transaksi Kad Kredit BSN anda di myBSN di Account Overview.
Had maksimum harian Transaksi Pembayaran Kad Kredit pihak ketiga ialah RM3,000.00.
Pembelian PIN
Boleh. Cuma masukkan nombor Kad Pengenalan pelajar/calon.
Pembelian SSP
SSP BSN direka khusus untuk pelanggan BSN sahaja. Anda mesti ada [SMR(HEKB1] Kad ATM BSN yang sah dan mendaftar sebagai pengguna Perbankan Internet sebelum membeli SSP secara online.
Sijil SSP tidak akan dikeluarkan apabila anda membeli SSP secara online. Anda perlu semak dan sahkan alamat anda sebelum meneruskan pembelian SSP. Jika alamat anda belum dikemas kini, jangan teruskan pembelian. Pergi ke cawangan bank dahulu untuk mengemas kini alamat anda.
Tiada had untuk pembelian SSP melalui myBSN. Beli sebanyak mana yang anda mahu!
TAC
TAC perlu untuk transaksi tertentu sebagai keselamatan tambahan. Ia bertindak melindungi daripada akses tidak dibenarkan ke akaun anda. Pastikan anda mendaftar nombor telefon anda sahaja untuk tujuan TAC. Jangan daftar nombor telefon orang lain.
Butang permohonan TAC akan muncul secara automatik bagi transaksi yang memerlukan lapisan keselamatan tambahan ini dalam MyBSN.
Anda hanya dibenarkan mendaftar satu nombor telefon bimbit bagi setiap pendaftaran.
Tidak boleh. Pendaftaran baru atau pertukaran nombor telefon bimbit untuk TAC hanya boleh dilakukan melalui cawangan BSN.
TAC adalah percuma.
Isu-isu Capaian
Anda perlu mohon TAC baharu apabila sesi anda tamat.
Anda mungkin menerima mesej "salah" atas sebab berikut:
- TAC tidak sah
- TAC luput
Jika ini berlaku, sila log keluar sesi dan log masuk semula sebelum memohon TAC baharu.
Jika ini berlaku, log masuk semula ke akaun anda apabila sambungan internet anda pulih dan semak status transaksi di ‘Transaction History’ sama ada akaun anda telah didebitkan atau sebaliknya.
Cuba kemas kini Java Runtime Environment (JRE) pada komputer anda kepada versi 6 kemas kini 20. Operasi akan pulih seperti biasa selepas itu.
myBSN boleh dilayari menggunakan Internet Explorer 7.0 atau lebih tinggi, Mozilla Firefox ® 3.0 atau lebih tinggi atau browser internet yang setara. Walau bagaimanapun, anda masih boleh memohon TAC untuk perbankan online anda menggunakan Internet Explorer, Mozilla Firefox, Safari dan browser internet lain yang setara.
Keselamatan
Segera log keluar dan log masuk sekali lagi untuk memohon TAC baharu.
Keselamatan akaun anda amat penting buat kami. Hubungi Pusat Khidmat Pelanggan (24 jam) di talian 1300 88 1900 atau +603-2613 1900 (Luar Negara), atau pergi ke cawangan bank terdekat untuk membuat laporan rasmi.
Anda perlu hubungi Pusat Khidmat Pelanggan (24 jam) di talian 1300 88 1900 atau +603-2613 1900 (Luar Negara) dan maklumkan hasrat anda kepada kami.
Browser yang berbeza ada caranya sendiri untuk membersihkan cache. Klik Panduan Keselamatan dan lihat panduan kami tentang cara membersihkan cache untuk browser IE7, Mozilla Firefox dan Google Chrome.