FPX ialah suatu penyelesaian pembayaran dalam talian yang mudah dan selamat. Ia membolehkan pendebitan pada masa sebenar daripada akaun perbankan internet pelanggan. Ia juga membolehkan pengkreditan secara terus dan serta merta ke akaun rakan niaga. Perkhidmatan FPX sesuai untuk semua perniagaan yang menawarkan produk atau perkhidmatan melalui internet.

KELEBIHAN MENGGUNAKAN FPX
FPX memudahkan pembayaran dalam talian. Ia boleh dipercayai, menyenangkan, pembayaran dijamin dan mudah untuk digunakan serta selamat.
- Pembayaran dalam talian pada masa sebenar
Memudahkan pemindahan dana antara bank setiap kali pelanggan membuat bayaran untuk pembelian dalam talian atau menjelaskan bil mereka. - Bayar di mana-mana sahaja, pada bila-bila masa jua
Log masuk ke akaun bank perbankan internet anda dan bayar. Butiran kewangan anda dijamin sulit dan tidak akan dikongsi. - Berbelanja secara dalam talian dengan mudah
Semua transaksi dan pembayaran adalah selamat dan pada masa sebenar.
HAD TRANSAKSI
Had Minimum
Had minimum bagi setiap transaksi ialah RM1.00
Had Maksimum
Amaun maksimum dihadkan sehingga RM30,000
FPX PERNIAGAAN KE PELANGGAN (B2C)
Model ini memberikan kemudahan pembayaran kepada pelanggan runcit. Sebagai contoh, seorang pelanggan mempunyai akaun Perbankan Internet membeli barang / perkhidmatan atau membayar bil secara dalam talian daripada Penjual yang mengambil bahagian dengan kaedah debit akaun simpanan atau akaun semasa.
NOTA:
- FPX disediakan oleh Malaysian Electronic Clearing Corporation (MyClear), anak syarikat milik penuh Bank Negara Malaysia. Maklumat lanjut boleh didapati di www.myclear.org.my/fpx