Adakah anda tahu mengenai Caruman Sukarela KWSP i-Saraan dan Kasih Suri Keluarga Malaysia?
Anda kini boleh membuat caruman i-Saraan atau Kasih Suri Keluarga Malaysia ke akaun KWSP anda melalui pemindahan wang secara elektronik menggunakan Perbankan Internet myBSN. Semuanya mudah dan di hujung jari anda.
Apakah yang dimaksudkan dengan Caruman Sukarelawan KWSP?
i-Saraan | Kasih Suri Keluarga Malaysia |
Caruman sukarela dengan Insentif Persaraan (i-Saraan) membolehkan ahli yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap untuk membuat caruman sukarela untuk tujuan persaraan, dan pada masa yang sama menerima caruman tambahan daripada pihak kerajaan. | Golongan suri rumah kini boleh memilih untuk mencarum di KWSP dengan insentif khas di bawah Kasih Suri Keluarga Malaysia. Program ini bertujuan untuk memastikan kesejahteraan golongan suri rumah serta mengiktiraf sumbangan mereka kepada ahli keluarga dan pembangunan negara. |
Siapakah yang boleh mencarum?
i-Saraan | Kasih Suri Keluarga Malaysia |
Ahli yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap. | Diri sendiri (isteri) atau suami kepada pasangan yang layak. |
Syarat-syarat kelayakan
i-Saraan | Kasih Suri Keluarga Malaysia |
|
|
Cara untuk mendaftar
i-Saraan | Kasih Suri Keluarga Malaysia |
|
|
langkah-langkah membuat caruman melalui Perbankan Internet myBSN
Log masuk di mybsn.com.my
Pilih “Payments”
Pilih “Deposit / Investment” sebagai kategori penerima bayaran
Pilih “KWSP” sebagai penerima bayaran daripada senarai
Masukkan maklumat yang diperlukan dan pilih nama produk sebagai “i-Saraan/Suri” dan tekan butang Hantar
FAEDAH
i-Saraan | Kasih Suri Keluarga Malaysia |
|
|
Soalan Lazim
i-Saraan | Kasih Suri Keluarga Malaysia |
Lihat Soalan-soalan Lazim. | Lihat Soalan-soalan Lazim. |
NOTA:
- Bagi sumbangan sukarela i-Saraan, sila daftar di sini.
- Bagi sumbangan sukarela Kasih Suri Keluarga Malaysia, ahli KWSP mestilah telah didaftarkan di Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih) setakat 30 November 2021. Untuk menyemak status Program e-Kasih anda, sila hubungi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di 03-8000 8000.
Untuk maklumat lanjut mengenai i-Saraan dan Kasih Suri Keluarga Malaysia, sila hubungi:
- Laman Web Rasmi KWSP: www.kwsp.gov.my
- Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP: 03-8922 6000.