Kini anda tidak perlu lagi pergi dari satu bank ke bank yang lain hanya untuk menjelaskan bil-bil anda. Dengan BSN GIRO Antara Bank, anda boleh lakukan semua urusan perbankan anda di satu tempat. Memindahkan wang, membuat bayaran atau membayar balik pinjaman malah membayar bil kad kredit bank lain. Semua urusan ini boleh diselesaikan di kaunter-kaunter BSN dan secara dalam talian!

PERKHIDMATAN IBG

Khidmat perbankan yang mudah dan selamat di hujung jari anda

  • Pembayaran atau pemindahan ke bank lain
    Pembayaran boleh dibuat secara tunai atau melalui pemindahan elektronik.
  • Pembayaran daripada bank lain
    Anda boleh melakukan pemindahan wang daripada bank-bank lain.
    Anda boleh membayar bil Kad Kredit dan membuat pembayaran balik daripada bank-bank lain.
  • Pengkreditan ke akaun anda daripada syarikat atau majikan
    Majikan atau organisasi anda boleh membuat bayaran seperti Gaji, Bonus, Elaun, dan lain-lain ke akaun BSN anda.
    Majikan akan disediakan dengan perkhidmatan pemindahan fail elektronik (FTP) BSN. Mereka juga boleh menerima laporan melalui e-mel bagi setiap transaksi.
  • Pendebitan daripada akaun anda
    BSN berkeupayaan untuk membuat bayaran ke akaun penerima di bank lain.

SALURAN IBG

Mesin Juruwang Automatik (ATM)

Anda tidak perlu beratur dan boleh lakukan transaksi di terminal ATM layan diri BSN pada bila-bila masa sahaja.

Kaunter di Cawangan BSN

Kunjungi cawangan BSN terdekat dan lakukan transaksi antara bank anda di kaunter.

Perbankan Internet (Runcit/Korporat)

Kemudahan perbankan internet BSN memudahkan transaksi bagi mereka yang sentiasa sibuk.

Fi Transaksi IBG

SaluranCaj PerkhidmatanHad
ATMRM0.10Sehingga RM50,000 (Had Gabungan)
KaunterRM2.00Sehingga RM1 Juta (Had Gabungan dengan IBFT)
Perbankan InternetRM0.10Sehingga RM10,000 bagi setiap transaksi

Masa Bayaran Balik IBG

Hari

Bayaran Dibuat oleh Pelanggan

*Dana diterima oleh Benefisiari

*Bayaran balik bagi Transaksi Tidak Berjaya

ATM

Perbankan Internet & OTC

Hari Perniagaan

(Isnin - Jumaat)

Sebelum 4:00 pagiSebelum 5:00 pagiPada
11:00 pagi
Pada 5:00 petang
4:01 pagi hingga
7:00 pagi
5:01 pagi hingga
8:00 pagi
Pada
2:00 petang
Pada 8:20 petang
7:01 pagi hingga
10:00 pagi
8:01 pagi hingga
11:00 pagi
Hari perniagaan yang samaPada
5:00 petang
Pada 11:00 petang
10:01 pagi hingga
1:00 petang
11:01 pagi hingga
2:00 petang
Pada
8:20 petang
Pada 11:00 pagi
(Hari perniagaan yang berikutnya)    
1:01 petang hingga
5:00 petang
2:01 petang hingga
5:00 petang
Pada
11:00 petang
Selepas
4:00 petang
Selepas
5:00 petang
Hari perniagaan yang berikutnyaPada
11:00 pagi
Pada 5:00 petang

Hari Bukan Perniagaan

(Sabtu, Ahad dan Cuti Umum Wilayah Persekutuan)

Hari perniagaan yang berikutnyaPada
11:00 pagi
Pada 5:00 petang

TUTORIAL IBG

BAGAIMANA MELAKSANAKAN IBG

  1. Pergi ke mana-mana kaunter BSN, isi borang IBG dan pastikan yang anda mengisi nombor akaun penerima yang betul.
  2. Serahkan borang anda kepada Juruwang.
  3. Untuk keselamatan tambahan, kami mengesyorkan agar anda menghubungi penerima untuk mengesahkan bahawa dana telah dipindahkan.

Bank Penerima & Bayaran melalui IBG

{{selectedItem.title}}

NOTA:

  • Bank akan memaklumkan kepada anda jika sebarang pemindahan dana ditolak melalui Transaksi Gagal. Sila semak Rekod Transaksi myBSN anda selepas tiga (3) hari bekerja.
  • *Tertakluk kepada keadaan biasa
  • **Bagi pindahan Interbank GIRO yang tidak berjaya pada hari yang sama pada jam 5:00 petang, pelanggan akan menerima dana pada hari berikutnya pada jam 11:00 pagi, dalam keadaan yang biasa.
  • Caj di atas hanya sebagai panduan sahaja. BSN tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa perubahan yang dibuat oleh bank-bank yang mengambil bahagian.
  • Tempoh untuk mengkredit ke akaun lain adalah tertakluk pada Bank benefisiari.
  • Jika transaksi ditolak, Bank akan memaklumkan kepada anda melalui mesej Transaksi Gagal. Sila semak Rekod Transaksi myBSN anda selepas tiga (3) hari bekerja.
  • Transaksi IBG yang berjaya tidak boleh dibatalkan.
  • Pemindahan tunai yang tidak berjaya dalam tempoh satu tahun akan dihantar ke Pungutan Wang Tak Dituntut.
  • Pemindahan akaun yang tidak berjaya akan dikreditkan ke akaun penghantar.
  • Harap maklum bahawa sesetengah bank tidak menerima bayaran terakhir bagi ansuran atau bayaran pendahuluan untuk Sewa Beli kenderaan melalui IBG. Anda dinasihatkan supaya merujuk terus kepada bank yang berkenaan.
  • Lihat contoh borang IBG di sini.