JomPay ialah cara mudah terkini untuk membayar bil anda! Akan disediakan melalui Perbankan Internet dan Perbankan Mudah Alih, perkhidmatan ini membolehkan anda membayar bil di mana-mana sahaja anda berada, pada masa yang sesuai untuk anda. Malah anda juga boleh menjadualkan pembayaran pada tarikh akan datang!

SEMUDAH 1-2-3

Membayar bil kini sungguh mudah. Hanya ikuti 3 langkah di bawah dan anda akan dibawa ke "Bayar Bil dengan Cara Mudah".

  • Cari Logo
    Cari logo JomPAY dan kod Biller di bil anda.
  • Dalam Talian
    Log masuk ke Perbankan Internet & Mudah Alih dan cari JomPAY.
  • Bayar
    Masukkan butiran pembayaran dan sahkan pembayaran.

SALURAN PEMBAYARAN BIL SETEMPAT

Mudah

Bayar bil anda di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa melalui Perbankan Internet & Mudah Alih

Cepat

Bayar bil anda dengan cepat dan selamat.

Percuma

Bayar bil anda melalui JomPAY hari ini. PERCUMA kepada pelanggan.

SOALAN LAZIM

JomPAY ialah satu inisiatif Nasional yang disokong oleh bank-bank di Malaysia untuk mewujudkan satu kaedah pembayaran melalui online. Paynet adalah sebuah anak syarikat milik penuh Bank Negara Malaysia yang mengendalikan JomPAY.

Dengan JomPAY, anda boleh menikmati kemudahan membuat bayaran bil menggunakan dana dari Akaun Simpanan, Akaun Semasa atau Akaun Kad Kredit. Melalui JomPAY, transaksi anda lebih cepat, selamat, dan mudah.

Ya, perkhidmatan JomPAY adalah PERCUMA. Tiada caj dikenakan ke atas pelanggan yang menggunakan perkhidmatan bayaran bil.

Ia mudah. Anda hanya perlu cari logo JomPAY dan Biller Code di bil anda, log masuk ke Perbankan Internet atau Telefon dan bayar. 

Ya, anda boleh menjadualkan pembayaran untuk tarikh akan datang. Sementara itu, beberapa Bank masih dalam proses mengaktifkan pembayaran bertarikh masa hadapan secara berperingkat dan semua bank dijangka akan menawarkan perkhidmatan ini pada hujung tahun 2015.

JomPAY memudahkan anda membayar pelbagai jenis bil bagi seluruh bank di Malaysia. JomPAY membuat ekosistem untuk pembayaran bil yang merangkumi semua dan boleh diakses untuk pelanggan, Bank dan pengebil agar ia tersedia untuk semua pelanggan daripada 42" Bank di Malaysia. 

Sebilangan pengebil akan mengenakan had limit pembayaran untuk akaun tertentu. Selain itu, setiap transaksi JomPAY dilakukan melalui Internet atau aplikasi perbankan atas talian ialah tertakluk pada had perbankan internet harian.Â