Adakah anda mempunyai denda yang belum dibayar, hutang kad kredit tertunggak, atau pinjaman? Jangan balas sebarang panggilan daripada pihak yang tidak dikenali yang berpura-pura menjadi pegawai bank, agensi kerajaan, pemungut hutang atau polis yang membuat tuntutan di atas.

Modus operandi
  • Sindiket sering menggunakan teknik yang disebut 'ID spoofing' untuk menipu mangsa.
  • Mereka akan menyamar sebagai pegawai bank dan menelefon mangsa untuk memberitahu mengenai kad kredit atau hutang pinjaman mereka yang belum selesai.
  • Adakalanya, anggota sindiket juga akan menyamar sebagai pegawai polis dan menghubungi mangsa untuk memberitahu mangsa terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram.
  • Sindiket akan menggunakan 'ID spoofing' yang membolehkan mereka menentukan nombor telefon bimbit yang akan tertera pada telefon mangsa.
  • Dalam kes seperti itu, mangsa akan ditipu oleh panggilan dan mematuhi perintah yang diberikan untuk memindahkan wang ke akaun sindiket.
Apa yang harus anda lakukan?
  • Abaikan tuntutan telefon yang mencurigakan dari bank, agensi kerajaan, pemungut hutang atau polis.
  • Jangan tertipu oleh panggilan telefon yang mencurigakan dan lebih berwaspada. Sila hubungi bank atau pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan nasihat.

Sekiranya anda telah menerima sebarang ktiviti tersebut, sila maklumkan segera kepada kami melalui talian 1300 88 1900 atau +603 2613 1900 (Luar Negara), atau e-mel ke customercare@bsn.com.my.