Perisian hasad atau hasad direka untuk mendapatkan akses kepada sistem komputer dan peranti anda tanpa kebenaran. Apabila dipasang, perisian hasad boleh mencuri maklumat peribadi dan perbankan anda. Pasang perisian antivirus dan “patch” keselamatan terkini pada komputer/ peranti yang anda gunakan untuk mengakses perbankan internet myBSN dan Aplikasi myBSN Mobile bagi membantu mencegah ancaman siber berniat jahat.

Lindungi diri anda daripada ancaman keselamatan siber dan perisian hasad
  • Jangan gunakan Apple® iPhone® di “jailbreak”, telefon Android™ “rooted” atau mana-mana peranti mudah alih lain yang telah di “jailbreak” atau “rooted”.
  • Pastikan peranti peribadi dan komputer anda yang digunakan untuk perbankan dalam talian dikemas kini dengan perisian antivirus dan firewall terkini.
  • Jangan klik pada pautan daripada penghantar tidak diketahui yang mungkin dibenamkan dengan perisian hasad dan virus.
  • Jangan pasang aplikasi / apk daripada sumber atau pautan tidak rasmi. Memasang aplikasi daripada sumber atau pautan tidak rasmi boleh menimbulkan risiko keselamatan tinggi kerana aplikasi ini mungkin mempunyai kelemahan dan meningkatkan kemungkinan jangkitan perisian hasad, yang berpotensi menjejaskan peranti dan aplikasi perbankan anda.
  • Penipu menjadi semakin maju dengan taktik mereka. Terdapat helah baharu yang mana penipu menyasarkan pengguna android untuk memuat turun fail Kit Pakej Android (APK) dalam usaha mendapatkan butiran bank pelanggan dan membuat transaksi.
  • Ingat, sentiasa berwaspada dan melindungi diri anda daripada menjadi mangsa penipuan.