Bank Simpanan Nasional (BSN) sentiasa komited untuk terus memberi perkhidmatan terbaik buat rakyat Malaysia secara keseluruhannya.

Perkhidmatan Cawangan Bank Bergerak (CBB) BSN antara yang menjadi tunjang utama dalam usaha BSN untuk menyantuni setiap rakyat Malaysia selari dengan visinya, Tiada Rakyat Malaysia yang Ketinggalan.

Sejak dilancarkan pada 10 Mei 2021, CBB BSN yang beroperasi di Sabah dan Sarawak banyak membantu masyarakat setempat untuk memenuhi keperluan kewangan dan akses bagi urusan perbankan.

Wabak Covid-19 yang menular teruk pada ketika itu tidak langsung menjejaskan semangat BSN untuk terus berbakti kepada rakyat Malaysia, malah dengan pelancaran CBB BSN di tengah era pandemik secara tidak langsung menyuntik kelegaan bagi penduduk setempat di beberapa buah kawasan luar bandar dan pedalaman yang selama ini menagihkan khidmat perbankan secara menyeluruh tanpa perlu pergi jauh dari tempat tinggal.

Perkhidmatan yang disediakan CBB BSN seperti pengeluaran tunai melalui Mesin Teler Automatik (ATM), pembukaan akaun Kad Debit/i BSN VISA, simpanan tunai, pembayaran bil-bil utiliti, pembelian Sijil Simpanan Premium (SSP) BSN dan bermacam lagi urusan yang boleh disempurnakan dengan kemudahan ini berjaya mengukir senyuman pelanggannya, malah, dilihat berjaya memberi rangsangan kepada masyarakat setempat untuk celik perihal kewangan terutamanya dalam memupuk tabiat menyimpan.

Kenderaan berkapasiti 3 tan yang telah diubah suai bagi menempatkan 1 unit ATM dan 2 kaunter pelanggan ini turut memudahkan urusan pengeluaran wang bantuan yang disumbangkan oleh kerajaan kepada mereka yang layak seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR), Bantuan Kanak-Kanak (BKK), Bantuan Warga Emas (BWE), Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri dan bermacam lagi jenis bantuan yang disalurkan kerajaan.

“Kalau sebelum ni setiap kali hujung bulan orang terpaksa berbaris panjang, sudah tentu dengan adanya cawangan bank bergerak ini, ia akan lebih memudahkan orang ramai terutamanya pemilik akaun BSN” - Monica Darie Daud, penduduk Sipitang, Sabah.

BSN kekal teguh menjalankan tanggungjawab dan peranan yang dimandatkan kerajaan dalam usaha untuk memastikan setiap pelanggan dan penerima bantuan kerajaan mendapat akses kepada perkhidmatan perbankan yang menyeluruh disamping memupuk tabiat menyimpan dalam kalangan rakyat Malaysia dengan menawarkan kepelbagaian dalam produk kewangan agar terus relevan seiring pasaran semasa.

Justeru, dengan adanya CBB BSN, mandat tersebut dapat diperluaskan lagi terhadap masyarakat di kawasan luar bandar, pedalaman serta mereka yang tinggal di komuniti yang mempunyai akses terhad untuk perbankan yang menyeluruh.

Walau bagaimanapun, BSN dalam perancangan untuk memperluaskan lagi CBB ke serata pelusuk negara bagi memastikan tiada rakyat Malaysia yang ketinggalan dalam menikmati akses perbankan yang menyeluruh, khususnya bagi golongan yang memerlukan.

Justeru, dengan adanya CBB BSN, mandat tersebut dapat diperluaskan lagi terhadap masyarakat di kawasan luar bandar, pedalaman serta mereka yang tinggal di komuniti yang mempunyai akses terhad untuk perbankan yang menyeluruh.

Ini sekali gus menjadikan CBB BSN sebagai sebuah medium yang membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia tidak kira usia muda atau tua, menikmati setiap tawaran dan ganjaran yang disediakan BSN selain dapat memupuk tabiat menyimpan dan sikap celik kewangan.

TONTON MENGENAI CAWANGAN BANK BERGERAK (CBB)

NOTA: