Akaun Keldai atau ‘Money Mule’ adalah orang yang berfungsi sebagai perantara bagi penjenayah dan organisasi jenayah. Akaun Keldai biasanya digunakan untuk menerima dan memindahkan hasil daripada aktiviti penipuan seperti penipuan phishing atau penipuan SMS/telefon.

Dalam senario semasa, sindiket akan memancing pengguna perbankan dalam talian dari Bank lain untuk memindahkan wang dengan menggunakan kemudahan pemindahan segera (perkhidmatan DuitNow) ke dalam akaun keldai. Sindiket itu kemudian akan melakukan banyak pengeluaran menggunakan ATM atau pindah ke akaun keldai lain.

Apa yang harus anda lakukan?
  • Jangan sesekali menjawab mesej atau memberi maklum balas positif terhadap panggilan telefon yang menjanjikan sejumlah besar wang sebagai pertukaran untuk memberikan nombor akaun bank anda atau meminta anda melakukan transaksi antarabangsa bagi seseorang.
  • Jangan sesekali berkongsi butiran akaun anda kepada sesiapa, kecuali anda mengenali mereka.
  • Jangan buka akaun bank baharu untuk menerima dan memindahkan wang daripada orang yang tidak anda kenali.
  • Untuk tidak melayan atau terpengaruh dengan iklan pekerjaan antarabangsa yang menjanjikan anda bayaran tinggi hanya untuk beberapa jam kerja dari rumah.

Sekiranya anda telah menerima sebarang aktiviti tersebut, sila maklumkan segera kepada kami melalui talian 1300 88 1900 atau +603 2613 1900 (Luar Negara), atau e-mel ke customercare@bsn.com.my.