Kini, myBSN boleh diakses untuk anak-anak berumur 13 hingga 17 tahun. Alami pengalaman kemudahan dan keselamatan untuk anak-anak anda bersama Perbankan Internet myBSN Bawah 18 Tahun.
Anak-anak boleh memantau perbelanjaan mereka dan belajar mengenai pengurusan kewangan. Dengan ciri keselamatan kami, anak-anak dapat mengakses akaun mereka di mana-mana pada bila-bila masa sahaja.
KELAYAKAN
- Warganegara Malaysia.
- Berumur antara tiga belas (13) tahun hingga tujuh belas (17) tahun.
- Pelanggan hendaklah merupakan pemegang akaun simpanan BSN Giro/i dan kad debit BSN.
- Pelanggan yang tidak mempunyai akaun simpanan perlu membuka akaun dan mempunyai akaun dan kad debit terdahulu sebelum mendaftar myBSN Bawah 18 Tahun.
- Pembukaan akaun adalah tertakluk kepada deposit permulaan minimum, serta terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak BSN.
- Wajib menghantar borang Permohonan/ Pemprosesan/ Penyelenggaraan Kad BSN, Peranti Tanpa Sentuh BSN Dan Akaun BSN (PPK-01) beserta tandatangan keizinan ibu bapa/ penjaga ke Cawangan BSN.
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
MyKad (NRIC asal) |
Borang Permohonan/ Pemprosesan/ Penyelenggaraan Kad BSN, Peranti Tanpa Sentuh BSN dan Akaun BSN (PPK-01) |
NOTA:
- Anda akan terima Kad Debit BSN dan BSN Wearable serta merta.
- Borang Pembukaan Akaun (CIS-01A) hanya terpakai kepada pembukaan akaun di sekolah.
IKUTI CARA MUDAH MENDAFTAR DAN MENGAKTIFKAN myBSN BAWAH 18 TAHUN
1. Daftar
Log masuk ke www.mybsn.com.my dan daftar sebagai pengguna baharu.
2. Aktifkan
Aktifkan myBSN di cawangan
BSN terdekat atau hubungi
1300-88-1900#
3. Sedia!
myBSN sedia untuk digunakan!
CIRI-CIRI DAN KEGUNAAN myBSN BAWAH 18 TAHUN
Hantar atau terima wang tunai dengan hanya menggunakan nombor telefon mudah alih
Pembelian secara dalam talian melalui FPX
Muat turun e-penyata
Tambah nilai prabayar
Menyemak baki akaun BSN Giro/i
HAD TRANSAKSI HARIAN YANG DIBENARKAN UNTUK ANAK-ANAK ANDA
Had transaksi | Had yang di tetapkan (RM) | Had maksimum (RM) |
Pindahan pihak ketiga | 50 | 250 |
IBG/ DuitNow | 50 | 250 |
FPX | 50 | 100 |
Tambah Nilai Pra Bayar | 50 | 100 |
Pembelian Nombor Pin | 50 | 100 |
NOTA:
- Tertakluk kepada Terma & Syarat.
- Lihat Soalan-soalan lazim.
- Lihat halaman Tips Keselamatan penggunaan Perbankan Dalam Talian.
- Muat turun Borang Permohonan / Pemprosesan / Penyelenggaraan Kad BSN, Peranti Tanpa Sentuh BSN dan Akaun BSN.
Kunjungi cawangan kami
Kunjungi cawangan kami yang terdekat atau hubungi kami untuk maklumat lanjut.