PENINGKATAN KESELAMATAN myBSN & BSNSecure

Pelanggan yang dihormati,

Untuk melindungi pengalaman perbankan dalam talian para pelanggan, ciri-ciri keselamatan ini akan dilaksanakan mulai 29 Jun 2024:

Perbankan Internet myBSN
  1. Tempoh bertenang selama 12 jam akan diaktifkan apabila anda meningkatkan had transaksi pihak ketiga.

BSNSecure
  1. Pendaftaran kali pertama BSNSecure pada peranti pelanggan atau apabila menukar peranti memerlukan pengaktifan melalui Pusat Perhubungan Pelanggan BSN atau Cawangan BSN sahaja.
  2. Pengesahan BSNSecure diperlukan untuk transaksi berikut:
    • Pindahan ke akaun BSN sendiri dan pembayaran kad kredit & Pembiayaan RM10,000 dan ke atas.
    • Simpanan BSN SSP / SSP Platinum melalui Perbankan Internet myBSN RM10,000 dan ke atas.
    • Penukaran kata laluan myBSN melalui pautan “Forgot Password”.

Untuk membolehkan pengesahan BSNSecure, sila muat turun aplikasi myBSN Mobile dari aplikasi rasmi (App Store / Goggle Play Store / Huawei App Gallery).

Terima kasih.

28 Jun 2024