Berikut adalah beberapa tip yang harus anda praktikkan semasa melakukan perbankan dalam talian.

Jangan
  • JANGAN sekali-kali menjawab sebarang panggilan telefon/SMS /e-mel yang meminta maklumat akaun bank anda atau ikuti arahan daripada pihak yang tidak diketahui untuk melakukan transaksi perbankan atau membuat perubahan pada butiran akaun bank anda.
  • BSN TIDAK PERNAH meminta butiran perbankan anda melalui e-mel atau panggilan telefon.
  • JANGAN sesekali mendedahkan butiran akaun bank/ATM/PIN/kata laluan perbankan internet anda kepada sesiapa sahaja. Ia adalah unik untuk akaun anda dan dibuat bagi melindungi privasi maklumat perbankan anda.
  • JANGAN sesekali menggunakan fungsi "ingat kata laluan" pada pelayar (browser) kami kerana maklumat ini dapat diakses dengan mudah oleh penggodam.
  • JANGAN sesekali log masuk jika gambar untuk perbankan internet anda bukan gambar pilihan anda.
Selalu
  • Taipkan alamat URL yang betul secara manual www.bsn.com.my atau www.mybsn.com.my.
  • Pastikan perakuan keselamatan (security certificate) adalah untuk www.bsn.com.my atau www.mybsn.com.my dengan klik ikon kunci pada URL.
  • Tukar kata laluan anda selang beberapa bulan. Sekiranya anda merasakan kata laluan anda telah dicerobohi, segera hubungi kami untuk menetapkan semula kata laluan anda.
  • Pastikan anda membaca perkhidmatan yang diminta untuk TAC sebelum anda memasukkan nombor TAC.
  • Periksa akaun dan penyata bank anda dengan kerap.
  • Log keluar dari myBSN sebaik sahaja selesai melakukan transaksi dan sebelum melayari laman web lain.
  • Kosongkan cache anda setiap kali anda log keluar.
Elakkan
  • ELAKKAN membuka perbankan internet anda di tempat awam seperti kafe internet, komputer awam di zon WiFi, dan lain lain. Kosongkan cache anda setelah log keluar.

Sekiranya anda telah menerima sebarang aktiviti tersebut, sila maklumkan segera kepada kami melalui talian 1300 88 1900 atau +603 2613 1900 (Luar Negara), atau e-mel ke customercare@bsn.com.my.