Pelantikan wakil bagi pengelolaan akaun adalah bagi melayakkan pihak ketiga (third party) melakukan beberapa transaksi khusus yang dibenarkan bagi pihak pemilik akaun. Pemilik akaun perlu hadir ke mana-mana Cawangan BSN untuk melakukan urusan pelantikan wakil. Pelantikan ini akan membolehkan wakil yang dilantik melakukan urusan tanpa perlu kehadiran pemilik akaun.
JENIS AKAUN
- BSN GIRO/ i
- BSN Term Deposit/ i
- BSN SSP/ SE
- BSN SEDAR*
- BSN CHESS*
*Hanya urusan pertanyaan baki sahaja yang dibenarkan.Â
SYARAT AKAUN
- Akaun berstatus Dorman dan mempunyai kod penahanan adalah tidak dibenarkan.
- Hanya Akaun Individu Persendirian sahaja yang dibenarkan.
JENIS URUSAN
- Pengeluaran / Pindahan / Penebusan.
- Pertanyaan Baki Akaun.
- Permohonan Penyata Akaun.
SYARAT WAKIL YANG DILANTIK
- Mempunyai nombor telefon dan alamat yang boleh dihubungi.
- Warganegara Malaysia sahaja.
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
Urusan | Dokumen | Tindakan hadir ke Cawangan |
Pelantikan wakil |
| Pemilik akaun sebenar |
Urusan transaksi oleh wakil yang telah dilantik | Dokumen pengenalan wakil (asal) | Wakil |
Pembatalan wakil | Dokumen pengenalan pemilik akaun sebenar (asal) | Pemilik akaun sebenar |
NOTA:
- Muat turun Borang Pengelolaan Akaun Oleh Wakil (PAOW-1).
BERHUBUNG DENGAN KAMI
Kunjungi cawangan kami
Kunjungi cawangan kami yang terdekat atau hubungi kami untuk maklumat lanjut.