KEJAYAAN KAMI

Bank Simpanan Nasional membawa cara baharu dalam usaha kami untuk memupuk sikap berjimat cermat sehingga masyarakat terdorong untuk menyimpan wang mereka. BSN akan mengekalkan piawaian tinggi Bank Simpanan Pejabat Pos dan pada masa yang sama memperkenalkan beberapa perubahan yang sesuai dengan masa kini. Saya berharap dengan pelancaran Bank Simpanan Nasional hari ini, ia akan berkembang sebagai institusi simpanan utama dan akan meluaskan kempen kerajaan untuk menyimpan sebagai langkah anti-inflasi dan untuk mempercepatkan kadar pembangunan negara. Oleh itu, Bank Simpanan Nasional mempunyai peranan yang penting dalam kehidupan masyarakat dan Pembangunan Nasional.

- YAB Tun Haji Abdul Razak Bin Hussein. 

History Content Block (Malay)

{{histories[currentIndex].year}}

LOGO KAMI

Logo BSN telah diberikan nafas baharu untuk mencerminkan peranan dan fungsi kami dalam suasana Malaysia hari ini. Di samping mengekalkan kemantapan dan kesaksamaan logo yang asal, logo tersebut telah melalui evolusi yang menampilkan ciri yang lebih mesra, lebih segar dan kontemporari.


Simbol “pohon pitis” (pokok syiling) yang menjadi tema utama logo kami diadaptasi daripada “pohon pitis” yang diperbuat daripada logam timah dan mengandungi 13 keping duit syiling yang dikeluarkan oleh Sultan Muhammad IV, Sultan Kelantan pada 1903 ketika Kelantan merupakan negeri yang membayar ufti kepada Siam. Pada satu muka duit syiling itu tertulis “THURIBA FI ZUL-HIJJAH SANAT 1321”, iaitu diperbuat pada bulan Zul-hijjah 1903 dan pada muka sebelahnya “BELANJAAN KERAJAAN KELANTAN”, iaitu mata wang Kerajaan Kelantan. Duit syiling atau ‘pitis’ yang bermaksud duit dalam dialek Kelantan ialah satu daripada denominasi dalam edaran di Kelantan sehingga 1920.

Muat Turun Logo: GIF | PNG 

Rupa Huruf

Logo khusus yang direka supaya nampak lebih bergaya dan progresif.

Huruf BSN dikekalkan dalam huruf besar sebagai lambang keteguhan dan kestabilan.

Warna Logo

Warna logo kami juga diubah kepada teal segar dan putih, masing-masing melambangkan kebolehpercayaan dan keutuhan.

Pohon Pitis

Simbol pokok duit yang melambangkan pertumbuhan dan kekayaan dikekalkan tetapi diberikan sentuhan grafik moden.

Bilangan kepingan syiling pada pohon tersebut ditambah daripada 13 kepada 14 syiling untuk mewakili kesemua negeri dan wilayah persekutuan di Malaysia. Ia menunjukkan bahawa BSN menawarkan perkhidmatan kewangan di setiap negeri dan wilayah, dan semua rakyat di negara ini mempunyai akses mudah kepada penyelesaian yang ditawarkan oleh BSN.

PENCAPAIAN KAMI

BSN menerima akreditasi pensijilan ISO 9001:2008 daripada badan pensijilan antarabangsa SIRIM QAS International Sdn. Bhd. dan IQ Net bagi proses kerja dalam Bahagian Pentadbiran Am serta bagi proses-proses pengurusan SSPnya.


Dengan pengiktirafan daripada badan-badan antarabangsa ini, kami kini boleh membangunkan dan menyediakan lebih banyak perkhidmatan berkualiti premium kepada pelanggan kami.


Dalam perjalanan kami selama ini, kami juga telah menerima beberapa anugerah.