PENIPUAN MENGGUNAKAN MAKLUMAT BSN

Pelanggan yang dihormati,

Kami ingin mengingatkan anda untuk berhati-hati sekiranya menerima sebarang panggilan, mesej SMS atau emel palsu mendakwa dari pihak BSN yang meminta maklumat akaun anda.

Anda diingatkan untuk:

  1. JANGAN dedahkan sebarang maklumat akaun/ kad kredit/ debit anda kepada pihak yang tidak dikenali.
  2. BSN tidak akan meminta maklumat peribadi yang sensitif daripada pelanggan melalui panggilan telefon, SMS atau emel.
  3. Jika anda mempunyai sebarang keraguan tentang identiti pemanggil, nombor telefon atau emel, sila hubungi Pusat Perhubungan Pelanggan BSN melalui talian 1300-88-1900 untuk pengesahan.

Pelanggan juga dinasihatkan untuk segera melaporkan sebarang transaksi tidak sah atau mencurigakan kepada Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) melalui talian 997.


Terima kasih.

12 Ogos 2024