NOTIS

Mulai 1 Julai 2017 dan seterusnya, semua pembayaran kad kredit dan debit di terminal jualan di Malaysia akan diluluskan menggunakan PIN 6 digit. Anda dikehendaki mengaktifkan kad anda dan menetapkan PIN anda sebelum menggunakannya.

KAD KREDIT/-i BSN

Ikuti langkah-langkah dalam Card Mailer anda atau rujuk arahan di bawah untuk bermula.
CARA UNTUK MENETAPKAN PIN 6-DIGIT ANDA
(Terpakai untuk Ahli Kad Baharu dan Penggantian Kad)
Melalui Perbankan Internet myBSN
  1. Pengguna Kali Pertama
    1. Klik “Daftar” di laman utama Perbankan Internet myBSN untuk bermula.
    2. Selepas pendaftaran berjaya, teruskan ke B. Pengguna myBSN sedia ada seperti di bawah.
  2. Pengguna myBSN sedia ada
    1. Log masuk ke www.mybsn.com.my
    2. Pergi ke “Manage Account” > “Credit Card Settings” > “Create/Change Credit Card PIN”.

      Pilih “Credit Card Number” > “Submit” > Masukkan PIN Baharu > Sahkan PIN.

    3. Satu pemberitahuan semerta akan dihantar ke peranti mudah alih berdaftar anda.
    4. Lancarkan Aplikasi Mudah Alih myBSN* dan klik butang “Approve” untuk mengesahkan transaksi dan meneruskan penetapan PIN.
    5. PIN Kad Kredit/-i anda telah berjaya ditetapkan.

*Nota: Aplikasi Mudah Alih myBSN boleh dimuat turun dari Google Play Store, Apple App Store atau Huawei AppGallery.

Melalui SMS

Sila guna nombor telefon bimbit yang didaftarkan oleh Ahli Kad Utama.

  1. Hantar SMS seperti jadual di bawah:
Untuk Kad Kredit/-i UtamaUntuk Kad Kredit/-i Tambahan

Taip:

BSNPIN<>NRIC*<>4 digit akhir nombor Kad Kredit/-i Utama

 

Hantar ke 66300

 

Contoh:

Ahli Kad Utama

BSNPIN 790416123456 1234

Taip:

BSNPIN<>NRIC*<>4 digit akhir nombor Kad Kredit/-i Tambahan

 

Hantar ke 66300

 

Contoh:

Ahli Kad Tambahan

BSNPIN 790416123456 5678
*Kad Pengenalan Ahli Kad Utama diperlukan.

  1. Ahli Kad Utama akan menerima PIN sementara.
  2. Tukar PIN sementara ke PIN tetap di mana-mana ATM BSN dalam tempoh 24 jam*.
  3. Di ATM BSN:
    • Masukkan PIN sementara >
    • “Penukaran PIN” >
    • Masukkan PIN tetap >
    • Sahkan PIN

*Nota: PIN Sementara adalah sah untuk tempoh 24 jam sahaja. Jika tamat tempoh, sila ulangi langkah-langkah di atas.
Melalui Cawangan BSNSila bawa Kad Pengenalan dan Kad Kredit/-i BSN baharu anda untuk tujuan pengesahan.
PENTING: Kad Kredit/-i anda akan diaktifkan secara automatik sebaik sahaja PIN anda berjaya ditetapkan.
CARA UNTUK MENGAKTIFKAN KAD ANDA
(Terpakai untuk Ahli Kad Sedia Ada dan Pembaharuan Kad)
Melalui SMS
  • Sila guna nombor telefon bimbit yang didaftarkan oleh Ahli Kad Utama.
  • Hantar SMS seperti jadual di bawah:
Untuk Kad Kredit/-i UtamaUntuk Kad Kredit/-i Tambahan

Taip:

BSNACT<>NRIC*<>4 digit akhir nombor Kad Kredit/-i Utama

 

Hantar ke 66300

 

Contoh:

Ahli Kad Utama

BSNACT 790416123456 1234

Taip:

BSNACT<>NRIC*<>4 digit akhir nombor Kad Kredit/-i Tambahan

 

Hantar ke 66300

 

Contoh:

Ahli Kad Tambahan

BSNACT 790416123456 5678
*Kad Pengenalan Ahli Kad Utama diperlukan.

Melalui Pusat Perhubungan BSN

Sila hubungi:

  • Talian Platinum: 1800-22-0800
  • Pusat Perhubungan Pelanggan BSN: 1300-88-1900

KAD DEBIT BSN

Anda dinasihatkan untuk menggantikan Kad Debit lama anda dengan segera kepada Kad Debit PIN & BAYAR baharu di mana-mana cawangan BSN untuk mengelakkan sebarang gangguan dalam menggunakan kad. Yuran penggantian Kad untuk kali pertama adalah DIKECUALIKAN. Kad Debit baharu anda berciri PIN, dilengkapi dengan ciri tanpa sentuh dan mempunyai logo MyDebit.

Sila bawa Kad Debit sedia ada anda bersama dengan Kad Pengenalan/ Kad Kuasa (untuk kakitangan Tentera atau Polis)/ Pasport (untuk warganegara asing). Kad baharu anda akan dikeluarkan serta merta. Anda dikehendaki mengaktifkan kad anda dan menetapkan PIN anda sebelum menggunakannya.

CARA UNTUK MENETAPKAN PIN 6-DIGIT ANDA

SMSCawangan BSN

Sila guna nombor telefon bimbit yang didaftarkan dengan Bank.


Langkah 1: Taip BSNPIN<jarak>No. KP<jarak>4-Digit akhir No Kad Debit dan hantar ke 66300.

Contoh: BSNPIN 800703077777 3456


Langkah 2: Terima PIN Sementara anda menerusi SMS.


Langkah 3: Tukar PIN Sementara ke PIN Tetap anda di mana-mana ATM BSN dalam tempoh 24 jam*.


Pilih Bahasa > Masukkan PIN Sementara > Pilih “Penukaran PIN” > Masukkan PIN Tetap > Sahkan PIN Tetap.


*Nota penting: PIN Sementara adalah sah untuk tempoh 24 jam sahaja. Jika anda gagal untuk menukarkan PIN Sementara kepada PIN tetap dalam tempoh sah tersebut, sila ulangi langkah-langkah seperti di atas.

Anda boleh menetapkan PIN pilihan anda dengan menggunakan alat PIN Pad di cawangan kami.


PIN pilihan yang dipilih akan menjadi PIN tetap anda.

MAKLUMAT LAIN


Menggunakan Kad berciri PIN di Stesen Minyak 

Anda perlu memasukkan PIN 6-digit apabila anda menggunakan kad di kios atau terminal layan diri untuk mengisi minyak. Jika anda tidak tahu PIN anda, anda tidak boleh menggunakan kad anda.
 
Nota: Jumlah pra-pembayaran sebanyak RM200 akan didebitkan daripada akaun anda apabila anda membayar petrol di pam layan diri. Jumlah tersebut akan dibatalkan dan jumlah sebenar akan dicaj apabila bank menerima bayaran penyelesaian sebenar dalam masa 3 hari. Anda dinasihatkan untuk membayar kepada juruwang di kaunter untuk mengelakkan sekatan pra-pembayaran.

Penggunaan Kad Di Luar Negara 

Sila pastikan anda mempunyai PIN untuk kad anda sebelum meninggalkan Malaysia. Di negara-negara yang masih belum menyokong penggunaan PIN, anda boleh menggunakan tandatangan anda untuk mengesahkan pembayaran kad anda. Walaupun piawaian (standard) untuk kad pembayaran PIN di Malaysia adalah 6 digit, piawaian di sesetengah pasaran luar negara adalah PIN 4 digit. Apabila anda ke luar negara, anda mungkin akan menghadapi masalah jika terminal tersebut menghadkan kemasukan PIN untuk 4 digit sahaja.Dalam situasi ini, anda mempunyai dua pilihan:

  • Pertama, minta peruncit untuk memintas kemasukan PIN dan laksanakan pembayaran anda dengan menggunakan tandatangan.
  • Jika permintaan ini tidak dapat dilaksanakan, atau peruncit enggan membenarkan pembayaran melalui tandatangan, anda perlu memilih kaedah pembayaran yang lain.
     

NOTA:

  • Bagi Ahli Kad baharu, Kad Kredit/-i anda akan diaktifkan secara automatik sebaik sahaja PIN anda berjaya ditetapkan.
  • Untuk Ahli Kad sedia ada yang sudah mempunyai PIN, anda hanya perlu mengaktifkan Kad Kredit/-i anda.
  • Hanya Ahli Kad Utama dibenarkan untuk mengaktifkan dan menetapkan PIN bagi kedua-dua Kad Kredit/-i Utama dan Tambahan.
  • Ahli Kad Tambahan boleh menukar PIN sementara mereka melalui ATM BSN.
  • Untuk transaksi e-dagang, Kod BSN Online Secured Shopping (BOSS) akan dihantar ke nombor telefon bimbit Ahli Kad yang berdaftar dengan BSN melalui SMS.
  • PIN tidak diperlukan untuk transaksi tanpa sentuh bernilai kurang daripada RM250.
  • Ketahui kempen dan tawaran-tawaran terbaru kami di sini.
  • Lihat Soalan-soalan Lazim PIN & BAYAR Kad Kredit BSN di sini.
  • Lihat Soalan-soalan Lazim PIN & BAYAR Kad Debit BSN di sini.